CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, December 3, 2010

SeLaNgKaH mEnUjU tUhAn..


Selangkah demi langkah kaki ku melangkah,
Sedetik demi detik masa ku lalui,
Adakah masih ada waktu untuk ku insafi,
Atas segala dosa-dosa ku yang menghantui…

Tuhan…tiada ungkapan mampu ku lafazkan,
Tiada rintihan mampu ku ungkapkan,
Kerana diri ini terlalu malu untuk meminta,
Kerana diri ini terlalu banyak mengadu padaMu…

Tuhan…terlalu banyak telah Kau berikan,
Tapi…Engkau tidak pernah meminta imbalannya,
Mengapa? Kerana Kau memiliki segalanya,
Kerana Engkau pemilik segalanya…

Tuhan…benarkan aku menggapai cintaMu…
Benarkan aku merasai nikmat mencintaiMu…
Benarkan aku menyelami kasih sayangMu…

Aku lemah tanpa redhaMu…
Aku jatuh tanpa belaian kasih sayangMu…
Pimpinlah aku menggapai cintaMu…
Pimpinlah aku menyelami dasar cintaMu…

Semoga dengan cinta itu,
Aku bisa berdiri kembali,
Menjadi pejuang syahid abadi…


3/12/2010 jam 5:45ptg

Tuesday, October 12, 2010

RaHmAt uJiAn-Mu



Ujian…siapakah yg mampu memilikinya..?? hnya insan yg dipilih oleh Allah akan merasai kenikmatan itu….biarpun adakalanya hmpir ptus harapan,tetapi masih tetap brsngka baik dgn Allah…itulah ciri2 mukmin sejati….adakah kta seperti itu…??


Hari ini, aku hampir trsungkur…tetapi iman menarikku kembali agar brsngka baik dgn yang maha Pencipta….apalah daya ku ingin melawan takdir yg Allah tetapkn bt diriku….terasa kerdil dri ini di hadapan Allah….


Duhai mata….hentikanlah air mata mu….utk apa air mata itu dicurahkn?…andai mmg sudah itu tkdirmu…..duhai nyawa…bilakah wkt kau akan kembali menghadap Tuhanmu?….sudah bersediakah engkau?...duhai hati….lembutkanlah ht mu…utk mnuju cintaNya…carilah ketenangan itu dgn mngingati Rabbul izzati….kesakitan mu mnyeksa jiwa ku…berhentilah mnyeksaku….


Iman…dalam kesamaran aku mencarimu….dlm kedukaan engkau melewatiku….alhamdullillah…trm ksh yaAllah….nikmat ujian dan sakit yg ku hidapi, akn ku tempuh biar onak brduri….berbekalkn iman dan taqwa di dlm hati…


Ketenangan….bilakah lagi dirimu akn melewatiku?...tdak pantaskah aku mengharapkan mu…oh ketenangan…ssh nya ingn menggapaimu ketika hati sedng brduka…hnya Allah sja yg mampu mencampakkn drimu dlm hati ku….


Pengharapan….msh adakah sinarmu dlm hdupku..?berikan lah walau secebis cahaya rembesanmu padaku…agar aku bisa meneruskan prjuanganku dlm menuju cinta Rabb ku….


yaAllah…seandainya kematian itu lbh baik bg ku dan agama ku, kau matikanlah aku dlm syahid menuju cintaMu…..tetapi, jika hdup itu lbh baik utk ku dan agama ku….hdupkan lah aku di bwh lindungan rahmatMu….krn aku imani, tiada apa yg Engkau tkdirkan sia2..melainkan ada rahmat tersembunyi yg hnya Engkau yg tahu…


perjalanan masih jauh….tnggungjwab msh byk….hdup perlu diteruskan…biarpun ditemani air mata kesedihan…smga air mata itu menjadi air mata keinsafan…waallahua’alam….


13 / 10 / 2010 jam 1:07 tghri

Sunday, October 10, 2010

SIRAH MUZIKAL..undang2 dunia?syariat?

(semangat jihad...)


Sirah Muzikal yg menarik..!! pngalaman yg menarik krn inilah prtama kali ana prgi tgk teater..huhu...ok lah...berbalik pd tjuan utama....sepertimana yg kte ketahui, Islam pernah menakluki 1/3 dunia....tetapi,dimana Islam yg pernah ditakuti oleh musuh2 Islam dahulu??sejak sistem khalifah dibubarkan oleh mustafa kamal,rse nye sjak itulah kte dh xde khalifah...btul x?ok...mari ana bwk antum smue brfikir sjnak...zman khalifah dlu, ada 1 kisah dimana seorg wanita tlh diganggu oleh sekumpulan lelaki...kmudian,wnta trsebut prgi mngadu kpd khalifah...khalifah mendatangi sekumpulan llaki trsebut dan mngancam, "jika kamu kacau lagi wanita i2,maka aku akn mnghantar bala tentera yg kepalanya berada di tmpt kamu,sdang ekornya msh ditempat ku..."....menunjukkn betapa ramainya bala tentera yg akn dihantar hanya krn kacau seorg wnita...!!! tp zmn skrg, rmai wnita di dera,dirogol,dibunuh dgn kjam...aina khalifah???spe yg pergi mnuntut bela ats kmatian wnta2 itu???


jika kita ditempat kuage wnta yg dibunuh 2,pe kte akn bt?slp2 kte gi bnuh org 2..kn?tp zman skrg...org byk duit blh bt apa sja...blh beli undang2....org yg dh terang2 brslh pn,blh trlepas...fuh...undang2....undang2 dunia!!! ana ckp brdasarkn diri ana yg bljr undang2...mgkn 2 diantara slh satu sbb mngapa ana memilih undang2....ble iman mula naik,rse nk ubah je smue undang2 dunia mnjadi undang2 Islam...ye...syariat Allah yg pling sempurna!! spe berani mnentang??pndai2 la jwb dpn Allah nnt...( ops...dah jauh melencong...)


ok..pe yg blh dilihat dlm teater 2,dimana perbezaan zman khalifah n zmn skrg...dlu, anak kcil mengis krn xdpt ikut gi perang...tp shabab hr ini,mngis krn cinta..!!!! sudah2 la 2...byk lg prkara lain yg lbh pnting utk ditangisi...kte dpt lht jgk dimana dek krn trlalu menuntut ilmu, org Islam lemah smngat jihadnya....wkt i2 lah org kafir mula brtindak...rncangan mrk utk mnjatuhkn Islam melalui wanita,pngkat,hiburan tlh brjaya...mcm zmn skrg..!! klu tentera musuh dtg mnyerang skrg, sudah bersediakah kita..????dah sedia nk syahid di jln Allah..???


ayuh bangkitlah para mujahid...para mujahidah....ckup2 lah 2 dgn cinta dunia yg melalaikn...kmbali lah pd syariat Allah...xkn la nk tggu tua br nk brtaubat....kte tau ke ajal kte ble?blm tentu lg kte blh hdup smpai hr esk...blh la dgr lgu "jika terakhir buatku" dr saujana...skadar ingn brkongsi...


maaf jka ada slh slp dlm prtuturan....ana hnya melepaskn luahan ht yg dh lme trpendam....smpai mse, keluarlah sgala isi2 nya...ssghnya ana jgk insan biasa...melakukan dosa...maka,pe yg ana smpaikn, ana jgk memberi pringatan pd dri ana sndri...ssghnya yg baik 2 dr Allah, dan yg bruk 2 dr kelemahan dri ana sndri....slm kemaafan...



11/10/2010 12:26tghari


Friday, September 10, 2010

SaLaM eIdUlFiTrY... =)

yaAllah,ulangkanlah bg kami ramadhan berkali2..yaAllah terimalah drpd kami amal ramadhan kali ini dan sampaikan pd ramadhan yg lain...amin ya Rabb...salam eidulfitry...

Monday, September 6, 2010

pemergian ramadhan..


Ramadhan...

datangmu ku nanti,

pergi mu ku tangisi,

tiada bulan yang dapat menandingimu,

tiada saat yang dapat menggantikanmu...

kedatangan mu membawa 1001 kegembiraan di hatiku,

pemergian mu membawa sejuta keresahan di jiwaku...

aku, abid yang selalu merinduimu,

aku, abid yang selalu menantikanmu...

kegembiraan bersamamu tidak mungkin dapatku cari ganti,

ketenangan bersamamu tidak mungkin dapat ku rasai lagi,

kecuali pabila menemuimu..

Ramadhan...

kini dirimu ingin berlalu,

kesedihan menghantarmu pergi,

tidak dapatku luahkn dengan kata-kata...

jika kau ingin pergi,

bawalah daku bersamamu,

semoga dirimu menjadi bulan yang bersejarah sepanjang hayatku...

selamat tinggal ya Ramadhan...



6/9/2010.....8:24 malam



Monday, August 30, 2010

AKHAWAT ITU...


Masihku ingat hari itu,
Pertemuan pertama kita,
Kau tersenyum manis menyapa ku,
Lantas pelukan erat hinggap di bahu ku…

Tapi hari ini…kau tiada lagi di sisi ku,
Kau telah pergi melanjutkan pengajianmu,
Aku di sini gembira untukmu,
Lantas ku kirimkan doa sebagai penemanmu…

Adakah kau masih ingat hari itu…
Hari yang membawa kuntuman mahabbah di hati kita,
Aku mengalirkan butiran mutiara di hadapanmu,
Lantas kau memeluk erat hati ku,
Bagai mengatakan bahawa kau ada di sisiku….

Wahai pencinta al-Quran…
Senyuman mu yang tidak pernah lekang,
Quran mu yang tidak pernah kau lupa,
Hijab mu yang sentiasa menutupi kesucianmu,
Kata-kata mu yang penuh hikmah…
Tidak pernah sehari pun ku bersamamu,
Kau tidak menceritakan tentang keagungan Tuhan kepadaku…

Wahai akhawat yang ku cintai,
Ku tahu bahawa engkau tidak akan pernah membaca kalamku ini,
Tapi.. aku sentiasa mencintaimu..
Biarpun kau tiada di sisi ku…

Wahai insan yang ku sayangi,
Hari ini aku amat merinduimu…
Tiada lagi tempat ku bermanja,
Tiada lagi tempat ku mengadu hati,
Tapi..jangan kau risau akhawatku…
Kerana aku masih ada Dia menemaniku…

Andai satu hari kita bertemu kembali,
Ingin ku luahkan segala rasa hati,
Betapa aku merindukan sentuhanmu,
Merindukan belaianmu,
Merindukan ucapan “sayang” dan “rindu” mu padaku…

Akhawatku…
Aku mendoakan semoga kau bisa menemui suami idamanmu,
Aku mahu dia mencintaimu seperti mana Rasullullah mencintai Khadijah,
Kerana aku tahu engkau pantas dicintai..

Harapan ku agar suatu hari nanti,
Kita bisa bertemu kembali…
Menyambung mahabbah yang kita bina,
Demi mendapat redha illahi,
Di atas lembayung rahmat illahi…




30/08/2010
3:30ptg

Wednesday, July 7, 2010

Pelayaran Cinta Illahi...


hening sunyi subuh ini,

menenangkan hatiku yang kian sepi,

alunan kalamullah menembusi sanubariku,

mengingatkan diri pada kesilapan dosa lalu...


andai dapat ku putar kembali,

kenangan dahulu menggamit hati,

andai dapat ku tangisi lagi,

rasa cintaku terhadap illahi....


mencari cinta di hening pagi,

mengukir seni di kamar hati,

apakah akan bisa ku temui,

rasa cinta yang kian mati.....


Illahi..namaMu ku pahat di hati,

andai ada salah diri ini,

mohon kembali padaMu yang hakiki,

agar dapat ku nikmati lagi,

cinta yang digelar CINTA SEJATI....



26/6/2010 ...jam 5:45pagi....

Thursday, June 17, 2010

KETIKA IMAN BERBICARA (PART 3)


Jantungku berdegup kencang… ‘hmm..nak masuk ke tak nak ni..ya Allah malunya…’… “na, enti masuk dulu ye..hehe..” ..tiba-tiba pintu dikuak dari dalam… “assalamualaikum, humaira ke? Masuk la..jangan la malu-malu…semua orang tengah tunggu enti….” ‘hah?tunggu ana?’…..kami hanya tersenyum…dalam hati, Allah je tau betapa malunya kami…. “ em…kenalkan, ni semua sahabat-sahabat usrah enti….” Serta merta semua orang disitu menghulurkan salam lantas memelukku….aku kaget…jantungku bertambah kencang degupannya… tanganku turut menggeletar…tiba-tiba imanku berbicara… ‘merekalah sahabat enti yang akan sama-sama berjuang demi agama dengan enti…sayangilah mereka…cintailah mereka…hormatilah mereka…dan terimalah mereka apa adanya…’….. lantas pelukan ku menjadi erat….hatiku berbuah cinta yang mekar…semekar bunga seri pagi…’eh,ye ke seri pagi….mawar lah…baru la wangi….’ ..hatiku tertawa sendiri…


“wah, tak sangka kita dah masuk sem dua kan…rasa kejap sangat masa berlalu…” kata teman sekuliahku setelah tamat sesi perkuliahan bersama pensyarah undang-undangku… tiba-tiba sahabat sebilikku bersuara… “maira, nak berbuka apa hari ni? Kita try lauk makcik kat luar tu pulak nak tak? Kalau murah, kita boleh pegi selalu…mana tau, kot-kot jadi anak angkat makcik tu ka…boleh makan free..haha”…. “kau ni, fikir nak makan free je…mana tak tenbam..”sampuk salah seorang sahabatku yang lain…hatiku tertawa sendiri melihat telatah mereka…


Sejak uwais menyambung pengajiannya di Mesir, dia sudah jarang menghantar khabar berita…hatiku tertanya-tanya sendiri…. ‘dia sakit ke…atau ada masalah..hmm..’….. “maira…cepat…dah nak azan tu…!!” jerit na mematikan lamunan ku…. Tergesa-gesa aku ke depan bagi menyertai mereka untuk berbuka puasa bersama…. Tuttt…. “aik, nak buka puasa pun ada mesej lagi…” perli sahabat serumahku… lantas aku membuka kotak mesej….


“salam maira…ana harap apa yang bakal ana sampaikan ni, enti mampu tabah menghadapinya…ana…hmm….ana rasa cukuplah sampai sini persahabatan kita….dalam Islam, tak ada langsung hukum yang membolehkan seorang wanita berkawan dengan seorang lelaki yang bukan muhrimnya…ana dah tau perkara ni lama…tapi selama ni, ana tak mampu….mungkin kerana jarak kita yang dekat….tapi..setelah berada di sini, ana rasa ana dah mampu tempuhinya….ana tau ana salah…ana mohon beribu kemaafan dari enti kerana ana telah memungkiri semua janji ana….mana mungkin ana akan terus melakukan dosa sedangkan ana tau Allah sentiasa bersama kita….dan malaikat sentiasa mencatit amalan ana di kiri dan kanan…biarlah Allah je yang membalas segala dosa ana pada enti…ana mungkin tak akan balik Malaysia lagi…mungkin menetap di mana-mana….jadi…enti tak perlulah tunggu ana lagi…redhakan pemergian ana....teruskan perjuangan enti…tapi ana nak enti tau, bukan mudah ana nak buat keputusan ni…ana terpaksa mengumpul segala kekuatan yang ana ada untuk meluahkan pada enti…..jangan tunggu ana lagi….ana harap enti dapat mengalihkan semua cinta enti pada Allah….hanya Dia tempat kita mengadu…hanya Dia yang layak kita serahkan seluruh cinta dan jiwa raga kita….itulah cinta sejati….Dia yang menjadikan kita….Dia yang menciptakan ana…menciptakan enti….hanya dakwah yang menuntut ana untuk meninggalkan segala maksiat dan dosa yang ana lakukan….ana doakan semoga enti dapat suami yang soleh yang mampu membimbing enti ke arah cinta yang diredhai….jika ada jodoh, kita akan berjumpa juga suatu hari nanti….jika tiada, redhakan segalanya….wslm….”


Air mataku mengalir deras…..tanganku menggeletar…. ‘ya Allah…..ya Allah….’... “maira…maira…enti ok ke ni??” bertalu-talu soalan yang menyerbu gegendang telingaku….hidangan di hadapan, ku pandang sepi………..sesepi hati ku kini…..



bersambung....................

KETIKA IMAN BERBICARA (PART 2)


“ana harap enti dapat teruskan belajar dalam bidang agama” mesej uwais menimbulkan 1001 persoalan dalam benakku…tanpa membuang masa, aku membalas mesejnya… “napa lak?”….. “sekurang-kurangnya kalau enti belajar bidang agama, enti akan dapat teman hidup yang soleh…tak ada la ana risau sangat bila ana belajar kat mesir nanti..”… ‘aik?kenapa lak dengan dia ni…salah makan ubat ke pe…adoi…fining-fining..’…. “hm…ana kurang jelas apa yang enta cuba sampaikan…boleh tak jangan berkias-kias…walaupun ana suka bermadah, tapi bab ni ana tak pandai nak agak…”…..tutt…. “hm….sebenarnya……hmm…….ana sukakan enti….”… ‘hah???aduh…’


Beberapa bulan kemudian…. “sara, uwais suruh ana masuk usrah…” luahku pada sara pada suatu hari…. “usrah? Eh, bagus la tu…kan benda baik tu…napa?ada masalah ka?” soal sara selepas melihat aku diam membisu…. “memang la baik…tapi…ana rasa ana tak layak masuk kelompok orang alim-alim ni….ana bukan baik sangat…agama pun lemah….hmm…” jujurku pada sara. “enti, kita ni dah kenal lama…ana yakin enti mampu tempuhi semua tu…enti adalah seorang sahabat ana yang paling baik..dan ana sebagai sahabat enti, akan terus sokong enti dalam apa jua keputusan yang enti lakukan…maka, ana sangat yakin enti mampu lakukannya….” Kata sara sambil memberi semangat kepadaku… ‘ya Allah, Kau pimpinlah diri yang hina ini keatas jalan yang Kau redhai…amin….’


Mesej yang baru ku terima selepas beberapa bulan menyambung pengajian di IPTS itu mengejutkan aku... ‘ hm…ya Allah, apa yang harus hamba lakukan…berilah hamba petunjuk…’….. “na, naqibah ana dah hantar mesej..dia nak jumpa petang ni…boleh enti temankan ana? “ ….pujukku pada sahabat sebilikku… “eh, boleh je…kita kan kawan…” balasan sahabatku membuatkan hatiku mengucap syukur yang tidak terhingga pada Illahi… “ syukran, jangan lupa bawa tafsir Quran dengan buku nota tau..!” jeritku pada sahabatku selepas dia berlalu…hatiku berbunga riang dan bersyukur…
bersambung.......................................

Sunday, June 13, 2010

KETIKA IMAN BERBICARA (PART 1)


Tuttt…. “maira, mesej tu…!!!”, jerit sara…’aduh,sapa lak mesej aku pagi-pagi buta ni’…getus hatiku…lantas aku segera bangun dan mencapai handfonku…’kang kena tazkirah free lak bunyi mesej lama-lama..huhu’…. “salam, sapa nih??”…’ish…sapa lak ni…dia yang hantar mesej,tapi tanya aku siapa pula..memang nak kena orang ni’. Automatik jari ku menaip mesej dengan perasaan marah… “awak yang mesej saya, awak tanya siapa saya..???awak ni salah makan ubat agaknya..”..bibirku menguntum satu senyuman nakal.. ‘kan dah kena..’….


Tutt…. “saya tanya awak, sebab saya pelik macam mana nombor awak boleh ada kat dalam handfon saya ni….” ‘uih, pelik tapi benar’..em…’kena siasat ni..huhu…jeng3…wah, macam CSI lak aku ni…ish…berangan lak pagi-pagi’….hatiku ketawa sendiri….. lantas aku membalas mesej orang misteri yang ala-ala makhluk asing itu… “eh, handfon awak,mana la saya tau…” tutt….. “tak apa la kalau macam tu…tapi awak ni siapa ek?”…..’wah….budak ni tak serik-serik jugak…kang aku marah, terasa lak…ish…qudwah ku nabi Muhammad....nabi kan seorang yang penyabar…’ imanku bersuara…..


‘astaghfirullah…maafkan hamba ya Allah..kerana bersangka buruk pada manusia…’ pantas aku membalas kembali mesej orang misteri itu….belum sempat aku menekan butang send, tiba-tiba mesej baru diterima…’aik?..’ “ha….tak apa…saya dah tahu siapa awak…awak humaira kan?”………..mataku serta merta berbeliak…’macam mana dia tau ni…aduhh..’ hatiku semakin melonjak ingin mengetahui siapa pemilik mesej misteri itu….lantas aku membalas mesej orang misteri itu… “awak siapa?” …. “siapa saya?haha…tak perlulah awak tahu…”..balasan mesejnya mengecewakan aku….’nak kena orang ni..’ dengan sedikit kesabaran yang ada, aku membalas mesej sebagai penamat segalanya…’malas la layan orang misteri ni…dah la tak kenal…buatnya mat bangla mana ka…haha’ hatiku tertawa sendiri….. “kalau awak tak nak bagi tau siapa awak, jangan mesej saya lagi…saya tak suka…” akhirnya kemarahanku mengeluarkan sedikit taringnya….Tutt…. “hmm…nak tau jugak ka….saya………..uwais..” …’ha???uwais….budak sombong tu…tidakkkk!!!’


“maira, mai tengok contoh karangan bahasa inggeris ni…ni kira contoh karangan yang baik la…” cikguku menghulurkan sehelai kertas yang penuh dengan patah perkataan yang aku tak berapa mengerti maknanya…maklum la….aku ni bukan pandai sangat subjek tu….tapi selalu antara markah yang tertinggi la dalam subjek tu…’pelik-pelik…rezeki kot….huhu’ aku tersenyum sendiri.. Lantas aku meneliti setiap bait-bait perkataan yang tertera….tiba-tiba…. “sapa suruh baca??”….aku terpinga-pinga….’eh, cikgu yang bagi,yang dia sibuk-sibuk ni kenapa..’…..lantas orang itu berlalu pergi tanpa menoleh ataupun meminta maaf!.... “tu kertas dia…” tiba-tiba cikgu bersuara… ‘alamak, patut la…malunya…mana nak letak muka ni…’….dengan perasaan malu, aku bersuara… “hehe..oh, yeke…” …“maira, jom main…” kawanku mengejutkan aku dari lamunan...lamunan terhenti, lantas hatiku berbisik..’ee…pe la budak sombong ni nak..kejap lagi la balas..’….


Tuttt… “awak marah ke?saya minta maaf…”…tanganku segera membalas mesejnya.. “tak lah..gi main kejap tadi…sori lambat..”………. “maira, lain macam je aku tengok hang dengan uwais tu..asyik mesej je beberapa minggu ni…kang jatuh hati baru tau…”sapa sara padaku suatu pagi… ‘aku dengan uwais??uih….’…. “eh, tak ada la sampai ke situ..kawan biasa je la..dont wory k…”jawab ku..sekadar ingin menyedapkan hati…bagiku, agak pelik lah jika aku boleh jatuh hati dengan dia…memandangkan tubuhnya yang agak berisi, dan agak gelap… ‘tapi, kadang-kadang comel jugak..huhu..’ bisik naluri nakalku…


“Alhamdulillah…akhirnya habis jugak paper last ni…”… “eh,maira hang nak buat apa lepas ni?”…tanya salah seorang sahabatku…. “maira nak kahwin…haha..”sampuk salah seorang sahabatku…’amboi…sedapnya berbicara’…. “aku mungkin masuk PLKN dulu kot…ayah aku suruh pegi jugak…” jawabku dengan muka sedih yang dibuat-buat… ‘huhu..’ … “hang tak nak sambung STAM ke?”… ‘STAM?hm..’ … “bukan tak nak…tapi aku tak yakin la boleh bawa..banyak sangat subjek dia…satu dapat rasib, hancur semua…”


Tiga bulan kemudian… “ha maira..macam mana kat kem? seronok tak?” tanya salah seorang guruku ketika aku melawat sekolah setelah habis latihan khidmat Negara… “hmm..alhamdulillah..boleh la cikgu..ada yang seronok, ada juga yang sebaliknya..apa pun, ana bersyukur sebab sepanjang latihan, ada sesuatu yang dapat ana pelajari kat sana..” lantas guruku menyoal kembali… “apa dia?”…. “pada mulanya, memang agak kekok kerana pergaulan kat sana tidak dijaga dengan baik..dengan masalah solat yang tidak dititikberatkan…hmm..macam-macam la…tapi dari situ jugak, ana berfikir apa bezanya ana dengan mereka jika ana pun masih berpakaian seperti mereka…masih bergaul terlampau bebas…hmm…alhamdullilah..ia menyedarkan ana…” lantas senyuman mekar ku hadiahkan buat guruku…


bersambung...............................

Saturday, February 13, 2010

hatiku milikMU..


Aku Wanita Mujahidah Sejati..

Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad,

Bilakah kan datang seorang peminang menghampiriku mengajak untuk berjihad

Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad
Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukannya

Cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah

Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah

Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah
Tak mungkin ku pilih dirimu jika dunia lebih kau damba

Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam

Hidup terasing asalkan di akhirat bahagia

Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku

Bulat tekadku untuk menemanimu
Aku Wanita mujahidah pilihan

Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad

Bilakah kan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an

Kelak bersamanya kuharungi bahtera lautan jihad
Andai tak siap bisa kau pilih

Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik

Terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku terlebih keluh kesahku

Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimuDan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu
Tak mungkin aku memilihmu

Bila yang fana lebih kau cinta

Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota

Lazatnya makanan dan lajunya makar durjana

Meniti jalan panjang di medan jihad

Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah serta debu yang beterbangan

Keringat luka dan kesyahidan pun terulang
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu

Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu
Aku wanita dari bumi Jihad

Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad

Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan

Tepiskan semua mimpi yang tak bererti
Adakah yang siap mendamaikan hati?
Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri

Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan

Yang melepaskanku dengan sepotong doa

Meraih syahid adalah tujuan utama Robbi..
Terdengar panggilanMu untuk meniti jalan redha-Mu

Ku harapkan pertolongan dari Mu…

Menemani perjalanan ini

Thursday, February 4, 2010

eLaiKa...


MENCARI NUR KASIH DI CELAHAN NODA-NODA DOSA,
APAKAH KAN KU TEMUI NUR YANG DAHULUNYA KU DAMBAKAN,
APAKAH AKU MASIH BISA MENGGAPAI NUR ITU,
DIMANA HARUS AKU MULAKAN PENCARIANKU,
DIMANAKAH HARUS AKU MERATAPI PENYESALANKU,
APAKAH MASIH ADA SISA PENGAMPUNAN BUATKU,
ATAUKAH AKU HARUS MENERUSKAN PENCARIANKU……
YA RABB….APAKAH MASIH ADA HARI ESOK BUATKU,
APAKAH MASIH ADA SISA-SISA KEINSAFAN DALAM LUBUK HATIKU….
YA TUHAN…BUKAN NIATKU MENGENEPIKAN DIRIMU,
JAUH SEKALI MELUPAKAN NIKMAT YANG ENGKAU BERI,
KERANA DEBU-DEBU DOSA SEMALAM MENGABURIKU,
KERANA SIFAT “WAHAN” MENGUASAI HATIKU,
LALU AKU TENGGELAM DIPUKUL OMBAK,
TERKAPAI-KAPAI DITENGAH LAUTAN NODA,
TANPA SAHABAT MAHUPUN TEMAN YANG MENEMANI…
YA ALLAH…SALAHKAH AKU MENDAMBA CINTA INSANI YANG MENCINTAIMU,
SALAHKAH AKU MENDAMBA MAHLIGAI KASIH YANG ENGKAU REDHAI…
DIMANAKAH LAGI HARUS AKU MENGADU,
PADA SIAPA LAGI HARUS AKU MENGHARAP SELAIN ENGKAU,
KERANA AKU YAKIN PADA JANJIMU TUHAN,
KERANA AKU YAKIN DENGAN TAKDIRMU TUHAN,
TIADA SIAPA LAGI YANG MEMAHAMI DIRIKU TUHAN,
TIADA SIAPA LAGI YANG MERASAI KESAKITAN YANG KU ALAMI TUHAN,
HANYA PADAMU KU MERATAP,
HANYA PADAMU KU MENGHARAP,
HANYA PADAMU KU SERAHKAN HATIKU,
BIAR DUNIA MELIHAT BETAPA AKU MENCINTAIMU,
BETAPA AKU MENGHARAPKAN PERTEMUAN DENGANMU…
ANDAI TAKDIR MENJEMPUTKU PERGI MENEMUIMU,
PASTI ENGKAU TAHU,
TERLALU BANYAK YANG INGIN AKU KATAKAN,
TERLALU BANYAK YANG INGIN AKU RATAPKAN,
TERLALU BANYAK YANG INGIN KU KONGSIKAN,
AGAR KAU TAHU BETAPA HATIKU PEDIH MENAHAN KESAKITAN,
BETAPA AKU LEMAH DENGAN UJIAN DUNIA INI,
BETAPA INGIN AKU MELEPASKAN SEGALANYA…
KU KUATKAN HATI KU MENGUTIP SISA-SISA KESABARAN,
LALU BERBEKALKAN SECEBIS KETABAHAN,
AKU BANGKIT MENGHADAP DUNIA,
MENBUKTIKAN PADA DUNIA BAHAWA AKU MASIH BISA BERDIRI,
WALAUPUN TANPA TEMAN DISISI,
MENBUKTIKAN PADA DUNIA BAHAWA AKU MASIH BISA TERSENYUM,
WALAUPUN HANYA DENGAN SECEBIS SENYUMAN,
TAPI TETAP AKAN KU BUKTIKAN…
SEMOGA REDHAMU MENGIRINGI SETIAP LANGKAHKU ….


11:09 MALAM….4/2/10