“selalunya
habis solat isyak, imam akan kunci pintu masjid ni…”, seorang makcik menegur
diriku... “oh, ye ke…nanti makcik tolong bagitau pak imam eh ada orang kat
dalam ni..”….wanita berumur lingkungan 50-an itu tersenyum mengangguk dan
berlalu pergi…
Ketika
rukuk di rakaat ketiga, lampu masjid tertutup satu persatu…cemas menyelubungi
diri…dan lampu terakhir adalah di tempat solat ku….tapp! kesemua lampu di dalam
masjid telah TERTUTUP….! Aku semakin cemas tapi tidak mungkin memberhentikan
solat ku yang hanya berbaki satu rakaat…ku teruskan juga dengan berbekalkan
tawakal pada Allah…
Kedengaran
orang sedang mengunci mangga pintu utama masjid….Aku semakin tidak keruan….’macam
mana nih….solat tak habis lagi….’…..tapp! sekali lagi… seluruh lampu di
persekitaran masjid juga telah tertutup! Gelap. Seusai memberi salam, aku segera
memandang ke pintu utama yang menjadi laluan aku untuk masuk ke dalam masjid….
Kedengaran
bunyi enjin dan cahaya lampu motor yang sayup-sayup pergi meninggalkan diriku
keseorangan…hati ingin menjerit, ‘ PAKCIKKKK….!!!!’….tapi jeritan itu hanya kedengaran
di dalam hati…aku kembali beristighfar….
Gelap
gelita perkarangan masjid membuatkan aku kembali terjaga dari lamunan bahawa
aku sekarang terkunci di dalam sebuah masjid…Otak ku ligat berfikir cara untuk
keluar…tapi kaki ku tetap tegak berdiri kaku bersandarkan sebuah tembok
lantaran kebuntuan dan ketakutan….beberapa minit kemudian….
Cahaya
lampu suluh seperti mencari sesuatu dari arah luar masjid…lampu dibuka satu
persatu....Alhamdulillah….aku melihat seorang pakcik lingkungan 50-an sedang
membuka mangga pintu utama masjid…Pintu terbuka dan…. “ ya Allah, kamu buat apa
sorang-sorang kat dalam ni….nasib baik ada budak laki tu bagitau kamu ada kat
sini….”….aku hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih lantaran malu
dengan kejadian yang berlaku….tanpa menjawab soalan beliau, aku kembali disoal,
“kawan kamu ke budak laki tadi tu…?”….Senyap.
Aku
terpinga-pinga…kawan? Maksudnya, mesti orang tu berumur tidak jauh dari diriku…aku
lantas menoleh kiri dan kanan….Kosong. Tiada kelibat manusia mahupun kenderaan
lain di sekitar perkarangan masjid kecuali kenderaan ku dan pakcik yang
menyelamatkan ku…. Tanpa berfikir panjang, aku terus berjalan ke kereta dan
meredah malam untuk pulang ke rumah. Walausiapa pun orang itu, ku doakan semoga Allah membalas kebaikannya dengan ganjaran yang lebih baik dari dunia dan seisinya...Allahumma amin....
P/s
: Mungkin ada manusia yang akan mengatakan, “ha…tu la, berani sangat solat kat
masjid malam-malam…”…tapi aku teringat pada satu hadith riwayat Abu Daud dan An
Nasai’ :
“Sesungguhnya
dua solat ini (iaitu solat berjemaah Isya’ dan Subuh) merupakan solat yang
paling berat bagi orang-orang munafik. Seandainya kamu tahu pahala yang ada
dalam dua solat ini, pasti kamu akan berlumba-lumba mendatanginya walaupun
(kamu) terpaksa merangkak..”
::
Sekadar perkongsian. Semoga menjadi asbab Hidayah Allah. ::
insan yang dhoif dan mempunyai banyak kekurangan dan memerlukan teman sebagai pebimbing dan sering mengingatkan diri tentang erti sebuah persahabatan dan mengajar diri erti sebuah ketabahan dan kesabaran dalam menjalani liku2 hidup yang sangat menguji keimanan dan ketaqwaan diri....
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmupadaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........
untuk akhawat-akhawat tersayang
Wanita suci... Tunggu sang lelaki suci menjemputmu dalam rangkaian khitbah dan akad...Atau kejar sang lelaki suci, itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda KHADIJAH. Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci... Wanita suci.. Bariskan harapmu pada istiqarah sepenuh erti ikhlas. Relakan Tuhan pilihkan lelaki suci bagimu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati. Mungkin itu dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di alam permainan saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu yang kau bangun dengan seluruh kekhusyukan ibadah.. Wanita Suci.. Pilihan Tuhan tak selalu seindah inginmu, tapi itulah pilihanNya...tak ada yang lebih baik dari pilihan Tuhan. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki terpilih itu...melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita di masa lalu yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahan, atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Kekasih Teragung , Kekasih tempat kita seharusnya memberi semua cinta yang tidak terhingga dalam tiap detik hidup kita...