CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 22, 2014

"Pakcik...saya kat dalam ni...!! "





                                                     gambar sekadar hiasan
  

“selalunya habis solat isyak, imam akan kunci pintu masjid ni…”, seorang makcik menegur diriku... “oh, ye ke…nanti makcik tolong bagitau pak imam eh ada orang kat dalam ni..”….wanita berumur lingkungan 50-an itu tersenyum mengangguk dan berlalu pergi…



Ketika rukuk di rakaat ketiga, lampu masjid tertutup satu persatu…cemas menyelubungi diri…dan lampu terakhir adalah di tempat solat ku….tapp! kesemua lampu di dalam masjid telah TERTUTUP….! Aku semakin cemas tapi tidak mungkin memberhentikan solat ku yang hanya berbaki satu rakaat…ku teruskan juga dengan berbekalkan tawakal pada Allah… 



Kedengaran orang sedang mengunci mangga pintu utama masjid….Aku semakin tidak keruan….’macam mana nih….solat tak habis lagi….’…..tapp! sekali lagi… seluruh lampu di persekitaran masjid juga telah tertutup! Gelap. Seusai memberi salam, aku segera memandang ke pintu utama yang menjadi laluan aku untuk masuk ke dalam masjid….



Kedengaran bunyi enjin dan cahaya lampu motor yang sayup-sayup pergi meninggalkan diriku keseorangan…hati ingin menjerit, ‘ PAKCIKKKK….!!!!’….tapi jeritan itu hanya kedengaran di dalam hati…aku kembali beristighfar….



Gelap gelita perkarangan masjid membuatkan aku kembali terjaga dari lamunan bahawa aku sekarang terkunci di dalam sebuah masjid…Otak ku ligat berfikir cara untuk keluar…tapi kaki ku tetap tegak berdiri kaku bersandarkan sebuah tembok lantaran kebuntuan dan ketakutan….beberapa minit kemudian….



Cahaya lampu suluh seperti mencari sesuatu dari arah luar masjid…lampu dibuka satu persatu....Alhamdulillah….aku melihat seorang pakcik lingkungan 50-an sedang membuka mangga pintu utama masjid…Pintu terbuka dan…. “ ya Allah, kamu buat apa sorang-sorang kat dalam ni….nasib baik ada budak laki tu bagitau kamu ada kat sini….”….aku hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih lantaran malu dengan kejadian yang berlaku….tanpa menjawab soalan beliau, aku kembali disoal, “kawan kamu ke budak laki tadi tu…?”….Senyap.



Aku terpinga-pinga…kawan? Maksudnya, mesti orang tu berumur tidak jauh dari diriku…aku lantas menoleh kiri dan kanan….Kosong. Tiada kelibat manusia mahupun kenderaan lain di sekitar perkarangan masjid kecuali kenderaan ku dan pakcik yang menyelamatkan ku…. Tanpa berfikir panjang, aku terus berjalan ke kereta dan meredah malam untuk pulang ke rumah. Walausiapa pun orang itu, ku doakan semoga Allah membalas kebaikannya dengan ganjaran yang lebih baik dari dunia dan seisinya...Allahumma amin....



P/s : Mungkin ada manusia yang akan mengatakan, “ha…tu la, berani sangat solat kat masjid malam-malam…”…tapi aku teringat pada satu hadith riwayat Abu Daud dan An Nasai’ :



“Sesungguhnya dua solat ini (iaitu solat berjemaah Isya’ dan Subuh) merupakan solat yang paling berat bagi orang-orang munafik. Seandainya kamu tahu pahala yang ada dalam dua solat ini, pasti kamu akan berlumba-lumba mendatanginya walaupun (kamu) terpaksa merangkak..”



:: Sekadar perkongsian. Semoga menjadi asbab Hidayah Allah. ::

 

~ 23/4/2014 ~ 



 

Sunday, September 29, 2013

IBRAH : Aduhai AYAH…..



Seorang ayah, diciptakan Allah menjadi pelindung kepada si kecil yang masih belum bisa mengenal erti ‘dunya’…

Seorang ayah, bahunya bisa menjadi kekuatan bagi si anak tika jatuh bangunnya dia dalam meniti alam ‘dunya’….

Seorang ayah, kasihnya pada si anak, bisa membawa diri juga keluarganya ke syurga abadi yang jauh lebih baik dari ‘dunya’ dan seisinya….

Namun, mengapa masih ada seorang ayah yang lalai dalam menjaga amanah yang telah Allah berikan?

Bukankah amanah itu bisa membawamu ke syurga duhai ayah?

Dua hari berturut-turut aku berada di tapak karnival itu…Misi ku cuma satu…bagi mencari mad’u yang lebih baik dari ‘unta merah’….

Ya, aku perlu bertugas di sana, bertitik peluh bersama akhwat tercinta…

Dalam kesibukkan, di celah-celah ratusan atau malah ribuan orang yang membanjiri tapak carnival itu, tertarik untuk mendekati seorang anak lelaki yang comel….

Sepanjang dua hari aku disitu, aku melihat dirinya berusaha mencuba menyelesaikan soalan kuiz yang disediakan…

Aduhai si anak…Walau belum mengenal erti kesungguhan, tapi masih bisa berusaha hingga berjaya….Namun kita..?

Pada hari kedua aku disitu, aku mula mendekatinya…Pelbagai soalan ku lontarkan, namun wajah sucinya tetap bisa menenangkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya…

Mengikut penilaian ku, si anak ini seorang yang sangat pintar….aku semakin ingin mengetahui tentang dirinya….secara tidak sedar, aku sudah menyayangi dirinya seperti adikku sendiri…

Azan berkumandang menunjukkan sudah masuk solat fardhu asar….aku melihat si kecil itu masih di situ….menyelesaikan soalan kuiz yang entah bila kan ada jawapannya….

Aku cuba mendekatinya….

“ tak nak pegi solat ke?”…

“ tak..” balasnya pendek.

Lantas, aku cuba ‘mencairkan dirinya dengan sedikit sentuhan…ya, begitulah Rasulullah mengajarku….

Anak-anak perlukan sentuhan untuk menyentuh hatinya…ku pegang bahu dan ku usap kepalanya….

“ kalau kita solat, nanti Allah sayang, ayah sayang, ibu sayang, akak pun sayang….kalau kita tak solat, nanti syaitan suka duduk dekat kita…sebab syaitan ni, suka kawan dengan orang tak solat…nak Allah sayang tak?”

Alhamdulillah, anggukkannya menyenangkan hatiku…lantas, aku meminta si kecil itu pergi mengajak ayahnya yang sedang berniaga air tidak jauh dari tempat ‘mencari ma’du ku’, untuk solat bersamanya di masjid yang terletak bersebelahan dengan tapak karnival…..

Semangatnya berkobar-kobar….lantas dia berlalu dengan senyuman yang masih berukir manis di bibir…

Seakan-akan ada hadiah yang bakal dia peroleh tatkala aku melihat betapa pantas kakinya melangkah….

Selang beberapa minit kemudian, aku melihat dia kembali ke tempatku sambil menyambung kembali permainannya…

Aku kehairanan lantas ku dekati dirinya…

“tak pegi solat ke sayang?”

“ayah cakap, ayah malas…”…katanya sambil wajahnya menunjukkan rasa bersalah kepadaku..

Aku terkedu,  tidak tahu bicara apakah yang harus ku balas. Sungguh, aku tidak menyangka itu jawapan yang diberikan oleh seorang yang bergelar ‘AYAH’…

Aku bertekad untuk membantu dirinya agar bisa solat seperti anak soleh yang lain…

“nak solat kat booth akak ni tak? Akak ajarkan….”

Senyuman dan anggukannya membuatkan aku bersyukur kerana aku tahu bahawa hati seorang anak kecil yang suci lebih mudah dilembutkan berbanding hati orang yang lebih ‘memakan garam’ daripadaku….

Sekali lagi usahaku gagal untuk mengajaknya solat memandangkan waktu itu telah ramai orang yang membanjiri tempat ku….

Ah, aku kembali beristighfar….

Akhirnya, aku menggunakan peluang terakhir ku iaitu mengajaknya solat bersama di masjid….

Sebelum sampai ke masjid yang hanya lebih kurang 3minit berjalan kaki dari tapak carnival, kami lalu ke gerai air ayah si kecil ku…

Lantas, aku menyuruh dia meminta izin dari ayahnya untuk ke masjid bersama ku…

Dia kembali padaku dengan wajah yang muram…

“ayah tak bagi…”

Ya, itulah kata-kata terakhir yang ku dengar darinya….

Lantas, aku pergi ke masjid seorang diri dengan perasaan yang bercampur-baur….

Sedih, kecewa, tertanya-tanya….semua perasaan itu bercampur menjadi satu perasaan yang hanya bisa diterjemahkan dengan deraian air mata….

Seusai solat, aku kembali bermonolog dalam hati kerana aku tahu bahwa Allah itu Maha Mendengar….tidak lupa juga, aku memohon pada Allah agar Allah menjadikan dirinya seorang anak yang soleh dan melimpahkan taufiq dan hidayah kepada seluruh ahli keluarganya….

Itulah kali terakhir aku menemuinya…..semoga sinar Islam akan gemilang kembali tidak lama lagi…

Ya, aku yakin itu!

 

 

30 September 2013

11: 02 pagi

 

 

 

 

 

 

Tuesday, January 1, 2013

Qalam Bisu di Pulau Sepi

 

 

Pulau sepi ku terhuni kembali….mungkin pulau itu sudah letih menerima kunjungan ku yang entah ke berapa kali…tetapi, aku tidak mampu lari ke mana lagi…di sini lah bermulanya kisah hidupku, dan di sini jualah pengakhirannya….

Nostalgia silam kembali menghuni di dada kalbu…seribu asrar yang telah terkubur….berjuta rasa yang tidak mampu ku ungkapkan terbuku di dalamnya….derita semalam kembali berlabuh….bersama curahan air mata yang tidak pernah kering berteduh….

Kisah itu tersingkap kembali…ah, payahnya menyimpulkan sebuah qalam qolbi…fikiran ku tertewas bersama deraian air mata yang gugur jatuh menyembah bumi…

Walau asrar itu telah ku simpul kemas, tapi derita di dalamnya masih tetap utuh tidak telan dek zaman….teringat sapaan aku pada seorang akhwat yang juga berkerjaya seorang doktor… “ukhti ada masalah ke? Kalau ada, jangan dibebankan seorang diri, perlu ada yang mengubati…” kalam akhwat ku balas dengan senyuman yang sangat pahit untuk ku telan… “ akak tau ukhti ada masalah…cuba cerita dan luahkan…jika ukhti simpan, maka ini lah akibatnya…ukhti akan terus jatuh sakit….” “….bila otak kita terlalu banyak berfikir, sampai tidak cukup waktu untuk berehat, akhirnya di waktu tidur pun otak kita masih berjalan…nah, kerana itu ukhti jatuh sakit…”

Air mata ku kembali bertamu…ya Allah, tidak mungkin aku lupa saat kali pertama diri ku melangkah ke dalam dewan pembedahan itu…terbayang semua insan-insan yang ku kasihi di ruang mata….ketika itu, aku sudah bersedia menerima segala kemungkinan…telah ku calitkan secebis doa pengharapan….bukan untuk minta dihidupkan, tapi untuk diberi keampunan….ya Allah, sesungguhnya hamba redha kembali kepadaMu jika itu yang telah Engkau takdirkan yang terbaik buatku….

Akhirnya, Dia memberi peluang untuk aku terus bernafas di muka bumi ini….mungkin untuk mencari makna diri….ketika itu, aku mula mengerti pengorbanan seorang ibu yang menangis setiap malam di dalam mihrab Mu…deraian air mata seorang ibu yang mengharapkan anaknya kembali sihat dan tersenyum…ku pegang tangan ibu seeratnya…tiada kalam yang terbit sebagai bicara….tapi ku tahu, ibu memahami erti ‘genggamanku’…..aku cintakan mu, ibu….

Kini, hampir setahun asrar itu ku simpan rapi…namun, pulau sepi ku tetap masih berdiri…ada kalanya terlintas, adakah pulau ini memang diciptakan untukku..? atau masihkah ada insan lain yang pernah menghuni di dalam pulau sepi ku..? ah, aku tidak pasti…

Hari demi hari….waktu berganti pergi….tapi pulau sepi ku masih tidak berpenghuni selain diriku…setiap kapal yang berlabuh, tidak ingin menumpangkan diriku…seolah-olah aku bukan insan yang sesuai untuk menaikinya…ya Allah, mengapa begitu…? Masih tidak cukup persediaan kah aku…? Perlu aku yang bagaimana….? Bekalan ku masih belum cukup isikah…? Hanya Dia yang tahu….lantas, disinilah aku…masih menjadi penghuni setia di Pulau Sepi…menunggu diri dibawa pergi…

“izinkan aku meniti di atas hamparan syurgaMu,
Bila saat ku pergi, biarlah cintaku tetap di situ…”

 

 

Jillulizzah

1/1/2013