Seorang ayah, diciptakan Allah menjadi
pelindung kepada si kecil yang masih belum bisa mengenal erti ‘dunya’…
Seorang ayah, bahunya bisa menjadi kekuatan
bagi si anak tika jatuh bangunnya dia dalam meniti alam ‘dunya’….
Seorang ayah, kasihnya pada si anak, bisa
membawa diri juga keluarganya ke syurga abadi yang jauh lebih baik dari ‘dunya’
dan seisinya….
Namun, mengapa masih ada seorang ayah yang
lalai dalam menjaga amanah yang telah Allah berikan?
Bukankah amanah itu bisa membawamu ke syurga
duhai ayah?
Dua hari berturut-turut aku berada di tapak karnival
itu…Misi ku cuma satu…bagi mencari mad’u yang lebih baik dari ‘unta merah’….
Ya, aku perlu bertugas di sana, bertitik peluh
bersama akhwat tercinta…
Dalam kesibukkan, di celah-celah ratusan atau
malah ribuan orang yang membanjiri tapak carnival itu, tertarik untuk mendekati
seorang anak lelaki yang comel….
Sepanjang dua hari aku disitu, aku melihat
dirinya berusaha mencuba menyelesaikan soalan kuiz yang disediakan…
Aduhai si anak…Walau belum mengenal erti
kesungguhan, tapi masih bisa berusaha hingga berjaya….Namun kita..?
Pada hari kedua aku disitu, aku mula
mendekatinya…Pelbagai soalan ku lontarkan, namun wajah sucinya tetap bisa
menenangkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya…
Mengikut penilaian ku, si anak ini seorang yang
sangat pintar….aku semakin ingin mengetahui tentang dirinya….secara tidak
sedar, aku sudah menyayangi dirinya seperti adikku sendiri…
Azan berkumandang menunjukkan sudah masuk solat
fardhu asar….aku melihat si kecil itu masih di situ….menyelesaikan soalan kuiz
yang entah bila kan ada jawapannya….
Aku cuba mendekatinya….
“ tak nak pegi solat ke?”…
“ tak..” balasnya pendek.
Lantas, aku cuba ‘mencairkan dirinya dengan
sedikit sentuhan…ya, begitulah Rasulullah mengajarku….
Anak-anak perlukan sentuhan untuk menyentuh
hatinya…ku pegang bahu dan ku usap kepalanya….
“ kalau kita solat, nanti Allah sayang, ayah
sayang, ibu sayang, akak pun sayang….kalau kita tak solat, nanti syaitan suka
duduk dekat kita…sebab syaitan ni, suka kawan dengan orang tak solat…nak Allah
sayang tak?”
Alhamdulillah, anggukkannya menyenangkan hatiku…lantas,
aku meminta si kecil itu pergi mengajak ayahnya yang sedang berniaga air tidak
jauh dari tempat ‘mencari ma’du ku’, untuk solat bersamanya di masjid yang
terletak bersebelahan dengan tapak karnival…..
Semangatnya berkobar-kobar….lantas dia berlalu
dengan senyuman yang masih berukir manis di bibir…
Seakan-akan ada hadiah yang bakal dia peroleh
tatkala aku melihat betapa pantas kakinya melangkah….
Selang beberapa minit kemudian, aku melihat dia
kembali ke tempatku sambil menyambung kembali permainannya…
Aku kehairanan lantas ku dekati dirinya…
“tak pegi solat ke sayang?”
“ayah cakap, ayah malas…”…katanya sambil
wajahnya menunjukkan rasa bersalah kepadaku..
Aku terkedu,
tidak tahu bicara apakah yang harus ku balas. Sungguh, aku tidak
menyangka itu jawapan yang diberikan oleh seorang yang bergelar ‘AYAH’…
Aku bertekad untuk membantu dirinya agar bisa
solat seperti anak soleh yang lain…
“nak solat kat booth akak ni tak? Akak ajarkan….”
Senyuman dan anggukannya membuatkan aku
bersyukur kerana aku tahu bahawa hati seorang anak kecil yang suci lebih mudah
dilembutkan berbanding hati orang yang lebih ‘memakan garam’ daripadaku….
Sekali lagi usahaku gagal untuk mengajaknya
solat memandangkan waktu itu telah ramai orang yang membanjiri tempat ku….
Ah, aku kembali beristighfar….
Akhirnya, aku menggunakan peluang terakhir ku
iaitu mengajaknya solat bersama di masjid….
Sebelum sampai ke masjid yang hanya lebih
kurang 3minit berjalan kaki dari tapak carnival, kami lalu ke gerai air ayah si
kecil ku…
Lantas, aku menyuruh dia meminta izin dari
ayahnya untuk ke masjid bersama ku…
Dia kembali padaku dengan wajah yang muram…
“ayah tak bagi…”
Ya, itulah kata-kata terakhir yang ku dengar
darinya….
Lantas, aku pergi ke masjid seorang diri dengan
perasaan yang bercampur-baur….
Sedih, kecewa, tertanya-tanya….semua perasaan
itu bercampur menjadi satu perasaan yang hanya bisa diterjemahkan dengan deraian
air mata….
Seusai solat, aku kembali bermonolog dalam hati
kerana aku tahu bahwa Allah itu Maha Mendengar….tidak lupa juga, aku memohon
pada Allah agar Allah menjadikan dirinya seorang anak yang soleh dan
melimpahkan taufiq dan hidayah kepada seluruh ahli keluarganya….
Itulah kali terakhir aku menemuinya…..semoga
sinar Islam akan gemilang kembali tidak lama lagi…
insan yang dhoif dan mempunyai banyak kekurangan dan memerlukan teman sebagai pebimbing dan sering mengingatkan diri tentang erti sebuah persahabatan dan mengajar diri erti sebuah ketabahan dan kesabaran dalam menjalani liku2 hidup yang sangat menguji keimanan dan ketaqwaan diri....
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmupadaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........
untuk akhawat-akhawat tersayang
Wanita suci... Tunggu sang lelaki suci menjemputmu dalam rangkaian khitbah dan akad...Atau kejar sang lelaki suci, itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda KHADIJAH. Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci... Wanita suci.. Bariskan harapmu pada istiqarah sepenuh erti ikhlas. Relakan Tuhan pilihkan lelaki suci bagimu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati. Mungkin itu dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di alam permainan saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu yang kau bangun dengan seluruh kekhusyukan ibadah.. Wanita Suci.. Pilihan Tuhan tak selalu seindah inginmu, tapi itulah pilihanNya...tak ada yang lebih baik dari pilihan Tuhan. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki terpilih itu...melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita di masa lalu yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahan, atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Kekasih Teragung , Kekasih tempat kita seharusnya memberi semua cinta yang tidak terhingga dalam tiap detik hidup kita...
0 comments:
Post a Comment