Asif atas
layangan warkah yang datang tanpa diundang…
Wahai sahabat
yang dikasihi Allah, bukan niatku merendahkan dirimu…apatah lagi memandang
serong padamu…sesungguhnya warkah ku ini, tanda aku memohon suatu pengertian
darimu….
Wahai sahabat,
dirimu terlalu sempurna dimata insan sedang diriku kerdil dan hina di hadapan
Allah…aku bukanlah insan yang terbaik buatmu, tapi aku tetap abid yang sedang
mencari maksud hidup dalam diri..
Ketahuilah
olehmu, saat ini Allah amat menyayangi dirimu, lantas ku kirimkan warkah cinta
Illahi buatmu…moga menjadi titipan semangat untuk terus mencari makna hidup
sebagai seorang hamba..
Sahabat yang
diredhai Allah, seandainya dunia ini tidak berwarna, tetap akan ku kagumi
penciptaanmu…Allah menciptakan mu sebagai sebaik-baik khalifah untuk mentadbir
umat yang semakin jauh dariNYA….
Bawalah dirimu
kembali padaNYA,agar Dia tahu bahawa Dia
tidak pernah salah memilihmu sebagai khalifah…jadilah Dia sebagai matlamat
hidupmu….kenalilah Dia, cintailah Dia selayaknya…sesungguhnya Allah sedang
menagih kesetiaanmu pada cintaNYA….
Aku bukanlah
insan yang layak untukmu…itu ku akui sejujurnya…kerana cintamu hanya milik
Allah…aku hanya ingin menyampaikan amanah yang ku rasa perlunya aku katakan padamu…kembalilah
mencintaiNYA kerana “tidak berkumpul dua cinta dalam satu jiwa…”…teruskan
istiqamah, tawadhuk dan mujahadah mencari redhaNYA…
Aku yakin
suatu hari nanti, Allah lebih kau cintai daripada alam dan seisinya…aku akan
menunggu saat itu, untuk ku ucapkan ‘tahniah’ padamu…doaku sentiasa mengiringi
setiap degup jantung dan setiap hela nafasmu….
insan yang dhoif dan mempunyai banyak kekurangan dan memerlukan teman sebagai pebimbing dan sering mengingatkan diri tentang erti sebuah persahabatan dan mengajar diri erti sebuah ketabahan dan kesabaran dalam menjalani liku2 hidup yang sangat menguji keimanan dan ketaqwaan diri....
MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga. MUSLIMAH YANG DIKASIHI...... Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmupadaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........
untuk akhawat-akhawat tersayang
Wanita suci... Tunggu sang lelaki suci menjemputmu dalam rangkaian khitbah dan akad...Atau kejar sang lelaki suci, itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda KHADIJAH. Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci... Wanita suci.. Bariskan harapmu pada istiqarah sepenuh erti ikhlas. Relakan Tuhan pilihkan lelaki suci bagimu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati. Mungkin itu dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di alam permainan saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu yang kau bangun dengan seluruh kekhusyukan ibadah.. Wanita Suci.. Pilihan Tuhan tak selalu seindah inginmu, tapi itulah pilihanNya...tak ada yang lebih baik dari pilihan Tuhan. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki terpilih itu...melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita di masa lalu yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahan, atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Kekasih Teragung , Kekasih tempat kita seharusnya memberi semua cinta yang tidak terhingga dalam tiap detik hidup kita...
0 comments:
Post a Comment