CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 2, 2009

KaSiH sEmAlAm...


aku duduk termenung sendirian,

mengimbau kenangan semalam,

luka yg tak pernah padam,

luka yg begitu mendalam.


dia...dia yg sering mengganggu tidurku,

dia..dia yg berjaya bertamu di hatiku,

dia...dia yg kudamba pertemuan selalu.


adakah mentari yg mendung akan bersinar kembali?

adakah pungguk berjaya menemui rembulannya?

adakah sang mujahidah akan bertemu mujahidnya?


mengapa ditangisi insan yg telah pergi?

mengapa didamba kasih yg tak pasti?

mengapa dirindu hati yg telah mati?


cukuplah DIA menjadi kekasih hati,

cukuplah DIA peneman di sejati,

cukuplah DIA penghadir di sisi.


KERANA DIA...PEMILIK CINTA ABADI...



(1/12/09-jam 1:43ptg)

Wednesday, November 25, 2009

MuJaHiD IdAmANkU...


Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman

Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah

Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu

Yang sentiasa dahaga akan pahala

Yang solatnya adalah maruah dirinya

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya

Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga

Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan

Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat


Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah

Yang boleh diajak berbincang dan berbicara

Yang menjaga matanya dari berbelanja

Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya


Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa

Matanya kepenatan kerana penat membaca

Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir

Tidurnya lena dengan cahaya keimanan

Bangunnya subuh penuh kecergasan

Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat

Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idaman saya adalah lelaki

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia

Kerana dia mengimpikan syurga

Di situlah rumah idamannya

Dan dia ingin membawa saya bersama

Dialah lelaki idaman saya

Tuesday, September 8, 2009

kEcAnTiKkAn SeOrAnG iNsAn bErNaMa WaNiTa...


Buat Yg Bernama Wanita::


"Ketika diciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."


"Diberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."


"Diberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."


"Diberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."


"Diberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."


"Diberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kekadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu-ragu."


"Dan akhirnya, diberikannya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan ketika ia diperlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."


kerana..... setiap wanita itu sememangnya dijadikan cantik...


Al-Hambra': Cantiknya seorang muslimah bilamana ia menjadi seorang Mujahidah Srikandi Ummah!


Saturday, July 25, 2009

tAuBaTkU pAdAmU....


"Ya Allah..

Entah apa yang ingin aku katakan..

terlalu banyak dosa yang telah aku himpunkan..

terlalu jahil untuk aku untuk mengerti keEsaan-Mu..

terlalu payah untuk aku mengecapi redha-Mu..

dan terlalu gundah hatiku untuk mengerti..

membelai diriku dengan segala kekeliruan..


Ya Allah..

berilah aku nur-Mu yang terang..

bergermerlapan agar aku tidak lagi dalam kegelapan..

hilang segala ketakutan..

bermulanya aku untuk meniti setiap titis kerinduan-Mu..

ketenangan yang bukannya terlihat pada hiburan..

tetapi pada ayat-ayat suci-Mu yang mencoretkan segala pujukan..

mengajar aku erti kebenaran dan kesahihan..


Ya Allah..

tetapkanlah keimanan yang telah Engkau wujudkan dalam diriku..

suburkannya dengan tinta-tinta sunnah Nabi-Mu..

mekarkannya dengan wangian keredhaan-Mu..

anugerahkannya dengan kemanisan iman-Mu..


Ya Allah..

sesungguhnya aku merindui setiap bibit kasih-Mu..

yang bukannya sementara tetapi untuk selama-lamanya..

aku akui Engkaulah yang punyai sifat yang syumul..

yang tidak ada pada kami..

maka Kau ampunilah kami


Ya Allah..

atas segala keterlanjuran yang telah kami lakukan..

dan sejahterakanlah nabi junjungan, Muhammad S.A.W..

Amin..amin..Ya Rabbala'lamin.."

Thursday, June 25, 2009

sUaMi PeNyAbAr ItUlAh KeMeNaNgAn...


jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..


jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..


jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..


jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..


jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..


jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..


jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..


wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana Tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..


wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan Tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan Tuhan..


wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keikhlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah Tuhan..


wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji Tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..



Saturday, June 13, 2009

iStImEwA bUaTmU yG BeRnAmA wAnItA.......


Muslimah,


Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya dicipta daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?


Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagar duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.


Muslimahku sayang,


Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah kejadian lelaki. Seandainya pakaian malu tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri.


Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.‘Tidak ada fitnah yang lebih besar selepas wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita’. Adakah kau mahu penyebab terhumbannya lelaki ke neraka?


Ingatlah duhai muslimahku sayang,


Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita yang solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara dirimu sebagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.


Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjangkan ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman insan soleh bernama Adam.


‘wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik…’Ya Allah jadikan kami bidadari syurga…


Ameen..



bUaTmU yAnG mEnAnTi Si "DIA"....


Wanita suci...


Tunggu sang lelaki suci menjemputmu dalam rangkaian khitbah dan akad...

Atau kejar sang lelaki suci, itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda KHADIJAH.

Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci...


Wanita suci..


Bariskan harapmu pada istiqarah sepenuh erti ikhlas.

Relakan Tuhan pilihkan lelaki suci bagimu, mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tak ada sampai kau mati.

Mungkin itu dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di alam permainan saat ini.

Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu yang kau bangun dengan seluruh kekhsyukan ibadah..


Wanita Suci..


Pilihan Tuhan tak selalu seindah inginmu, tapi itulah pilihanNya...

tak ada yang lebih baik dari pilihan Tuhan.

Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki terpilih itu...

melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita di masa lalu yang meminta keislaman sebagai mahar pernikahan,

atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Kekasih Teragung ,

Kekasih tempat kita seharusnya memberi semua cinta yang tidak terhingga dalam tiap detik hidup kita...