CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, August 30, 2010

AKHAWAT ITU...


Masihku ingat hari itu,
Pertemuan pertama kita,
Kau tersenyum manis menyapa ku,
Lantas pelukan erat hinggap di bahu ku…

Tapi hari ini…kau tiada lagi di sisi ku,
Kau telah pergi melanjutkan pengajianmu,
Aku di sini gembira untukmu,
Lantas ku kirimkan doa sebagai penemanmu…

Adakah kau masih ingat hari itu…
Hari yang membawa kuntuman mahabbah di hati kita,
Aku mengalirkan butiran mutiara di hadapanmu,
Lantas kau memeluk erat hati ku,
Bagai mengatakan bahawa kau ada di sisiku….

Wahai pencinta al-Quran…
Senyuman mu yang tidak pernah lekang,
Quran mu yang tidak pernah kau lupa,
Hijab mu yang sentiasa menutupi kesucianmu,
Kata-kata mu yang penuh hikmah…
Tidak pernah sehari pun ku bersamamu,
Kau tidak menceritakan tentang keagungan Tuhan kepadaku…

Wahai akhawat yang ku cintai,
Ku tahu bahawa engkau tidak akan pernah membaca kalamku ini,
Tapi.. aku sentiasa mencintaimu..
Biarpun kau tiada di sisi ku…

Wahai insan yang ku sayangi,
Hari ini aku amat merinduimu…
Tiada lagi tempat ku bermanja,
Tiada lagi tempat ku mengadu hati,
Tapi..jangan kau risau akhawatku…
Kerana aku masih ada Dia menemaniku…

Andai satu hari kita bertemu kembali,
Ingin ku luahkan segala rasa hati,
Betapa aku merindukan sentuhanmu,
Merindukan belaianmu,
Merindukan ucapan “sayang” dan “rindu” mu padaku…

Akhawatku…
Aku mendoakan semoga kau bisa menemui suami idamanmu,
Aku mahu dia mencintaimu seperti mana Rasullullah mencintai Khadijah,
Kerana aku tahu engkau pantas dicintai..

Harapan ku agar suatu hari nanti,
Kita bisa bertemu kembali…
Menyambung mahabbah yang kita bina,
Demi mendapat redha illahi,
Di atas lembayung rahmat illahi…




30/08/2010
3:30ptg