CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 17, 2010

KETIKA IMAN BERBICARA (PART 3)


Jantungku berdegup kencang… ‘hmm..nak masuk ke tak nak ni..ya Allah malunya…’… “na, enti masuk dulu ye..hehe..” ..tiba-tiba pintu dikuak dari dalam… “assalamualaikum, humaira ke? Masuk la..jangan la malu-malu…semua orang tengah tunggu enti….” ‘hah?tunggu ana?’…..kami hanya tersenyum…dalam hati, Allah je tau betapa malunya kami…. “ em…kenalkan, ni semua sahabat-sahabat usrah enti….” Serta merta semua orang disitu menghulurkan salam lantas memelukku….aku kaget…jantungku bertambah kencang degupannya… tanganku turut menggeletar…tiba-tiba imanku berbicara… ‘merekalah sahabat enti yang akan sama-sama berjuang demi agama dengan enti…sayangilah mereka…cintailah mereka…hormatilah mereka…dan terimalah mereka apa adanya…’….. lantas pelukan ku menjadi erat….hatiku berbuah cinta yang mekar…semekar bunga seri pagi…’eh,ye ke seri pagi….mawar lah…baru la wangi….’ ..hatiku tertawa sendiri…


“wah, tak sangka kita dah masuk sem dua kan…rasa kejap sangat masa berlalu…” kata teman sekuliahku setelah tamat sesi perkuliahan bersama pensyarah undang-undangku… tiba-tiba sahabat sebilikku bersuara… “maira, nak berbuka apa hari ni? Kita try lauk makcik kat luar tu pulak nak tak? Kalau murah, kita boleh pegi selalu…mana tau, kot-kot jadi anak angkat makcik tu ka…boleh makan free..haha”…. “kau ni, fikir nak makan free je…mana tak tenbam..”sampuk salah seorang sahabatku yang lain…hatiku tertawa sendiri melihat telatah mereka…


Sejak uwais menyambung pengajiannya di Mesir, dia sudah jarang menghantar khabar berita…hatiku tertanya-tanya sendiri…. ‘dia sakit ke…atau ada masalah..hmm..’….. “maira…cepat…dah nak azan tu…!!” jerit na mematikan lamunan ku…. Tergesa-gesa aku ke depan bagi menyertai mereka untuk berbuka puasa bersama…. Tuttt…. “aik, nak buka puasa pun ada mesej lagi…” perli sahabat serumahku… lantas aku membuka kotak mesej….


“salam maira…ana harap apa yang bakal ana sampaikan ni, enti mampu tabah menghadapinya…ana…hmm….ana rasa cukuplah sampai sini persahabatan kita….dalam Islam, tak ada langsung hukum yang membolehkan seorang wanita berkawan dengan seorang lelaki yang bukan muhrimnya…ana dah tau perkara ni lama…tapi selama ni, ana tak mampu….mungkin kerana jarak kita yang dekat….tapi..setelah berada di sini, ana rasa ana dah mampu tempuhinya….ana tau ana salah…ana mohon beribu kemaafan dari enti kerana ana telah memungkiri semua janji ana….mana mungkin ana akan terus melakukan dosa sedangkan ana tau Allah sentiasa bersama kita….dan malaikat sentiasa mencatit amalan ana di kiri dan kanan…biarlah Allah je yang membalas segala dosa ana pada enti…ana mungkin tak akan balik Malaysia lagi…mungkin menetap di mana-mana….jadi…enti tak perlulah tunggu ana lagi…redhakan pemergian ana....teruskan perjuangan enti…tapi ana nak enti tau, bukan mudah ana nak buat keputusan ni…ana terpaksa mengumpul segala kekuatan yang ana ada untuk meluahkan pada enti…..jangan tunggu ana lagi….ana harap enti dapat mengalihkan semua cinta enti pada Allah….hanya Dia tempat kita mengadu…hanya Dia yang layak kita serahkan seluruh cinta dan jiwa raga kita….itulah cinta sejati….Dia yang menjadikan kita….Dia yang menciptakan ana…menciptakan enti….hanya dakwah yang menuntut ana untuk meninggalkan segala maksiat dan dosa yang ana lakukan….ana doakan semoga enti dapat suami yang soleh yang mampu membimbing enti ke arah cinta yang diredhai….jika ada jodoh, kita akan berjumpa juga suatu hari nanti….jika tiada, redhakan segalanya….wslm….”


Air mataku mengalir deras…..tanganku menggeletar…. ‘ya Allah…..ya Allah….’... “maira…maira…enti ok ke ni??” bertalu-talu soalan yang menyerbu gegendang telingaku….hidangan di hadapan, ku pandang sepi………..sesepi hati ku kini…..



bersambung....................

KETIKA IMAN BERBICARA (PART 2)


“ana harap enti dapat teruskan belajar dalam bidang agama” mesej uwais menimbulkan 1001 persoalan dalam benakku…tanpa membuang masa, aku membalas mesejnya… “napa lak?”….. “sekurang-kurangnya kalau enti belajar bidang agama, enti akan dapat teman hidup yang soleh…tak ada la ana risau sangat bila ana belajar kat mesir nanti..”… ‘aik?kenapa lak dengan dia ni…salah makan ubat ke pe…adoi…fining-fining..’…. “hm…ana kurang jelas apa yang enta cuba sampaikan…boleh tak jangan berkias-kias…walaupun ana suka bermadah, tapi bab ni ana tak pandai nak agak…”…..tutt…. “hm….sebenarnya……hmm…….ana sukakan enti….”… ‘hah???aduh…’


Beberapa bulan kemudian…. “sara, uwais suruh ana masuk usrah…” luahku pada sara pada suatu hari…. “usrah? Eh, bagus la tu…kan benda baik tu…napa?ada masalah ka?” soal sara selepas melihat aku diam membisu…. “memang la baik…tapi…ana rasa ana tak layak masuk kelompok orang alim-alim ni….ana bukan baik sangat…agama pun lemah….hmm…” jujurku pada sara. “enti, kita ni dah kenal lama…ana yakin enti mampu tempuhi semua tu…enti adalah seorang sahabat ana yang paling baik..dan ana sebagai sahabat enti, akan terus sokong enti dalam apa jua keputusan yang enti lakukan…maka, ana sangat yakin enti mampu lakukannya….” Kata sara sambil memberi semangat kepadaku… ‘ya Allah, Kau pimpinlah diri yang hina ini keatas jalan yang Kau redhai…amin….’


Mesej yang baru ku terima selepas beberapa bulan menyambung pengajian di IPTS itu mengejutkan aku... ‘ hm…ya Allah, apa yang harus hamba lakukan…berilah hamba petunjuk…’….. “na, naqibah ana dah hantar mesej..dia nak jumpa petang ni…boleh enti temankan ana? “ ….pujukku pada sahabat sebilikku… “eh, boleh je…kita kan kawan…” balasan sahabatku membuatkan hatiku mengucap syukur yang tidak terhingga pada Illahi… “ syukran, jangan lupa bawa tafsir Quran dengan buku nota tau..!” jeritku pada sahabatku selepas dia berlalu…hatiku berbunga riang dan bersyukur…
bersambung.......................................

Sunday, June 13, 2010

KETIKA IMAN BERBICARA (PART 1)


Tuttt…. “maira, mesej tu…!!!”, jerit sara…’aduh,sapa lak mesej aku pagi-pagi buta ni’…getus hatiku…lantas aku segera bangun dan mencapai handfonku…’kang kena tazkirah free lak bunyi mesej lama-lama..huhu’…. “salam, sapa nih??”…’ish…sapa lak ni…dia yang hantar mesej,tapi tanya aku siapa pula..memang nak kena orang ni’. Automatik jari ku menaip mesej dengan perasaan marah… “awak yang mesej saya, awak tanya siapa saya..???awak ni salah makan ubat agaknya..”..bibirku menguntum satu senyuman nakal.. ‘kan dah kena..’….


Tutt…. “saya tanya awak, sebab saya pelik macam mana nombor awak boleh ada kat dalam handfon saya ni….” ‘uih, pelik tapi benar’..em…’kena siasat ni..huhu…jeng3…wah, macam CSI lak aku ni…ish…berangan lak pagi-pagi’….hatiku ketawa sendiri….. lantas aku membalas mesej orang misteri yang ala-ala makhluk asing itu… “eh, handfon awak,mana la saya tau…” tutt….. “tak apa la kalau macam tu…tapi awak ni siapa ek?”…..’wah….budak ni tak serik-serik jugak…kang aku marah, terasa lak…ish…qudwah ku nabi Muhammad....nabi kan seorang yang penyabar…’ imanku bersuara…..


‘astaghfirullah…maafkan hamba ya Allah..kerana bersangka buruk pada manusia…’ pantas aku membalas kembali mesej orang misteri itu….belum sempat aku menekan butang send, tiba-tiba mesej baru diterima…’aik?..’ “ha….tak apa…saya dah tahu siapa awak…awak humaira kan?”………..mataku serta merta berbeliak…’macam mana dia tau ni…aduhh..’ hatiku semakin melonjak ingin mengetahui siapa pemilik mesej misteri itu….lantas aku membalas mesej orang misteri itu… “awak siapa?” …. “siapa saya?haha…tak perlulah awak tahu…”..balasan mesejnya mengecewakan aku….’nak kena orang ni..’ dengan sedikit kesabaran yang ada, aku membalas mesej sebagai penamat segalanya…’malas la layan orang misteri ni…dah la tak kenal…buatnya mat bangla mana ka…haha’ hatiku tertawa sendiri….. “kalau awak tak nak bagi tau siapa awak, jangan mesej saya lagi…saya tak suka…” akhirnya kemarahanku mengeluarkan sedikit taringnya….Tutt…. “hmm…nak tau jugak ka….saya………..uwais..” …’ha???uwais….budak sombong tu…tidakkkk!!!’


“maira, mai tengok contoh karangan bahasa inggeris ni…ni kira contoh karangan yang baik la…” cikguku menghulurkan sehelai kertas yang penuh dengan patah perkataan yang aku tak berapa mengerti maknanya…maklum la….aku ni bukan pandai sangat subjek tu….tapi selalu antara markah yang tertinggi la dalam subjek tu…’pelik-pelik…rezeki kot….huhu’ aku tersenyum sendiri.. Lantas aku meneliti setiap bait-bait perkataan yang tertera….tiba-tiba…. “sapa suruh baca??”….aku terpinga-pinga….’eh, cikgu yang bagi,yang dia sibuk-sibuk ni kenapa..’…..lantas orang itu berlalu pergi tanpa menoleh ataupun meminta maaf!.... “tu kertas dia…” tiba-tiba cikgu bersuara… ‘alamak, patut la…malunya…mana nak letak muka ni…’….dengan perasaan malu, aku bersuara… “hehe..oh, yeke…” …“maira, jom main…” kawanku mengejutkan aku dari lamunan...lamunan terhenti, lantas hatiku berbisik..’ee…pe la budak sombong ni nak..kejap lagi la balas..’….


Tuttt… “awak marah ke?saya minta maaf…”…tanganku segera membalas mesejnya.. “tak lah..gi main kejap tadi…sori lambat..”………. “maira, lain macam je aku tengok hang dengan uwais tu..asyik mesej je beberapa minggu ni…kang jatuh hati baru tau…”sapa sara padaku suatu pagi… ‘aku dengan uwais??uih….’…. “eh, tak ada la sampai ke situ..kawan biasa je la..dont wory k…”jawab ku..sekadar ingin menyedapkan hati…bagiku, agak pelik lah jika aku boleh jatuh hati dengan dia…memandangkan tubuhnya yang agak berisi, dan agak gelap… ‘tapi, kadang-kadang comel jugak..huhu..’ bisik naluri nakalku…


“Alhamdulillah…akhirnya habis jugak paper last ni…”… “eh,maira hang nak buat apa lepas ni?”…tanya salah seorang sahabatku…. “maira nak kahwin…haha..”sampuk salah seorang sahabatku…’amboi…sedapnya berbicara’…. “aku mungkin masuk PLKN dulu kot…ayah aku suruh pegi jugak…” jawabku dengan muka sedih yang dibuat-buat… ‘huhu..’ … “hang tak nak sambung STAM ke?”… ‘STAM?hm..’ … “bukan tak nak…tapi aku tak yakin la boleh bawa..banyak sangat subjek dia…satu dapat rasib, hancur semua…”


Tiga bulan kemudian… “ha maira..macam mana kat kem? seronok tak?” tanya salah seorang guruku ketika aku melawat sekolah setelah habis latihan khidmat Negara… “hmm..alhamdulillah..boleh la cikgu..ada yang seronok, ada juga yang sebaliknya..apa pun, ana bersyukur sebab sepanjang latihan, ada sesuatu yang dapat ana pelajari kat sana..” lantas guruku menyoal kembali… “apa dia?”…. “pada mulanya, memang agak kekok kerana pergaulan kat sana tidak dijaga dengan baik..dengan masalah solat yang tidak dititikberatkan…hmm..macam-macam la…tapi dari situ jugak, ana berfikir apa bezanya ana dengan mereka jika ana pun masih berpakaian seperti mereka…masih bergaul terlampau bebas…hmm…alhamdullilah..ia menyedarkan ana…” lantas senyuman mekar ku hadiahkan buat guruku…


bersambung...............................