CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 21, 2011

Q.a.l.a.m. Q.o.l.b.i.....



Aku tertanya pada diri,

Dimana cinta pada Illahi,

Andai masih ada cinta insani….


Aku tertanya pada diri,

Dimana hilangnya kemampuan diri,

Andai masih menangisi yang akan pergi…


Aku tertanya pada diri,

Dimana hati suci yang diingini,

Andai cinta insani masih menghantui….


Bagaimanakah hati yang cintakan Rabbul Izzati…?

Bagaimanakah diri yang cintakan Nabi….?

Tiba – tiba hati kecil ku berbisik :


Orang yang mencintai Illahi,

Hatinya tidak keluh kesah,

Apabila ditimpa ujian,

Kerana dia yakin dengan janji Tuhan…


Orang yang mencintai Illahi,

Tidak melatah andai insan tersayang pergi,

Kerana walau diri kehilangan,

Diri masih punya cinta Tuhan…..


Orang yang mencintai Illahi,

Juga mendamba kebahagiaan di dunia,

Tetapi andai ia tidak mampu dimiliki,

Dia mengharapkan keindahan ‘di sana’,

Kerana dia tahu bahawa dunia hanya pinjaman,

Dan dirinya hanya ‘barang pinjaman’,

Yang dipinjam untuk sementara di dunia ini….


21/08/2011

bersamaan dgn 21 Ramadhan

jam 10:32 pagi