CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 22, 2014

"Pakcik...saya kat dalam ni...!! "





                                                     gambar sekadar hiasan
  

“selalunya habis solat isyak, imam akan kunci pintu masjid ni…”, seorang makcik menegur diriku... “oh, ye ke…nanti makcik tolong bagitau pak imam eh ada orang kat dalam ni..”….wanita berumur lingkungan 50-an itu tersenyum mengangguk dan berlalu pergi…



Ketika rukuk di rakaat ketiga, lampu masjid tertutup satu persatu…cemas menyelubungi diri…dan lampu terakhir adalah di tempat solat ku….tapp! kesemua lampu di dalam masjid telah TERTUTUP….! Aku semakin cemas tapi tidak mungkin memberhentikan solat ku yang hanya berbaki satu rakaat…ku teruskan juga dengan berbekalkan tawakal pada Allah… 



Kedengaran orang sedang mengunci mangga pintu utama masjid….Aku semakin tidak keruan….’macam mana nih….solat tak habis lagi….’…..tapp! sekali lagi… seluruh lampu di persekitaran masjid juga telah tertutup! Gelap. Seusai memberi salam, aku segera memandang ke pintu utama yang menjadi laluan aku untuk masuk ke dalam masjid….



Kedengaran bunyi enjin dan cahaya lampu motor yang sayup-sayup pergi meninggalkan diriku keseorangan…hati ingin menjerit, ‘ PAKCIKKKK….!!!!’….tapi jeritan itu hanya kedengaran di dalam hati…aku kembali beristighfar….



Gelap gelita perkarangan masjid membuatkan aku kembali terjaga dari lamunan bahawa aku sekarang terkunci di dalam sebuah masjid…Otak ku ligat berfikir cara untuk keluar…tapi kaki ku tetap tegak berdiri kaku bersandarkan sebuah tembok lantaran kebuntuan dan ketakutan….beberapa minit kemudian….



Cahaya lampu suluh seperti mencari sesuatu dari arah luar masjid…lampu dibuka satu persatu....Alhamdulillah….aku melihat seorang pakcik lingkungan 50-an sedang membuka mangga pintu utama masjid…Pintu terbuka dan…. “ ya Allah, kamu buat apa sorang-sorang kat dalam ni….nasib baik ada budak laki tu bagitau kamu ada kat sini….”….aku hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih lantaran malu dengan kejadian yang berlaku….tanpa menjawab soalan beliau, aku kembali disoal, “kawan kamu ke budak laki tadi tu…?”….Senyap.



Aku terpinga-pinga…kawan? Maksudnya, mesti orang tu berumur tidak jauh dari diriku…aku lantas menoleh kiri dan kanan….Kosong. Tiada kelibat manusia mahupun kenderaan lain di sekitar perkarangan masjid kecuali kenderaan ku dan pakcik yang menyelamatkan ku…. Tanpa berfikir panjang, aku terus berjalan ke kereta dan meredah malam untuk pulang ke rumah. Walausiapa pun orang itu, ku doakan semoga Allah membalas kebaikannya dengan ganjaran yang lebih baik dari dunia dan seisinya...Allahumma amin....



P/s : Mungkin ada manusia yang akan mengatakan, “ha…tu la, berani sangat solat kat masjid malam-malam…”…tapi aku teringat pada satu hadith riwayat Abu Daud dan An Nasai’ :



“Sesungguhnya dua solat ini (iaitu solat berjemaah Isya’ dan Subuh) merupakan solat yang paling berat bagi orang-orang munafik. Seandainya kamu tahu pahala yang ada dalam dua solat ini, pasti kamu akan berlumba-lumba mendatanginya walaupun (kamu) terpaksa merangkak..”



:: Sekadar perkongsian. Semoga menjadi asbab Hidayah Allah. ::

 

~ 23/4/2014 ~