CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, November 29, 2012

Warkah Cinta Illahi buat sahabat....




Assalamualaikum shbt….

 

Asif atas layangan warkah yang datang tanpa diundang…

 

Wahai sahabat yang dikasihi Allah, bukan niatku merendahkan dirimu…apatah lagi memandang serong padamu…sesungguhnya warkah ku ini, tanda aku memohon suatu pengertian darimu….

 

Wahai sahabat, dirimu terlalu sempurna dimata insan sedang diriku kerdil dan hina di hadapan Allah…aku bukanlah insan yang terbaik buatmu, tapi aku tetap abid yang sedang mencari maksud hidup dalam diri..

 

Ketahuilah olehmu, saat ini Allah amat menyayangi dirimu, lantas ku kirimkan warkah cinta Illahi buatmu…moga menjadi titipan semangat untuk terus mencari makna hidup sebagai seorang hamba..

 

Sahabat yang diredhai Allah, seandainya dunia ini tidak berwarna, tetap akan ku kagumi penciptaanmu…Allah menciptakan mu sebagai sebaik-baik khalifah untuk mentadbir umat yang semakin jauh dariNYA….

 

Bawalah dirimu kembali padaNYA,agar  Dia tahu bahawa Dia tidak pernah salah memilihmu sebagai khalifah…jadilah Dia sebagai matlamat hidupmu….kenalilah Dia, cintailah Dia selayaknya…sesungguhnya Allah sedang menagih kesetiaanmu pada cintaNYA….

 

Aku bukanlah insan yang layak untukmu…itu ku akui sejujurnya…kerana cintamu hanya milik Allah…aku hanya ingin menyampaikan amanah yang ku rasa perlunya aku katakan padamu…kembalilah mencintaiNYA kerana “tidak berkumpul dua cinta dalam satu jiwa…”…teruskan istiqamah, tawadhuk dan mujahadah mencari redhaNYA…

 

Aku yakin suatu hari nanti, Allah lebih kau cintai daripada alam dan seisinya…aku akan menunggu saat itu, untuk ku ucapkan ‘tahniah’ padamu…doaku sentiasa mengiringi setiap degup jantung dan setiap hela nafasmu….

 

 

Nukilan ,

Jillulizzah

29 nov 2012

5:26ptg

Monday, September 3, 2012

Epilog hati seorang hamba..






Sebutir mutiara cair gugur kembali…

Mencari redha dari si Empunya diri…
Ditangisi kembali sejarah yg pernah terisi…
Semoga menjadi rahsia bersama Illahi….

Malam kian berlabuh pergi…
Hati yang lara kian menjadi…
Mata berpaling ke mihrab Illahi…
Ya Allah hati, mengapa begini….

Hati mengharap pada yang tidak pasti…
Iman berbisik mengapa begini…
Bukankah kalam Allah pengubat hati…
Tinggalkan yg x pasti, kembalilah pd yg Abadi..

Jangan pernah menjadi fitnah diri…
Juga pada insan yang dihormati…
Andai ada harapan yg menanti….
Semoga bertemu di alam abadi…


Redha itu milik Illahi…
Amat sukar digapai kini…
Jika benar mengharap dr Pencipta hati…
Pohonlah padaNya, agar syurga menanti…



3 September 2012  (8:28mlm)

Sunday, August 21, 2011

Q.a.l.a.m. Q.o.l.b.i.....



Aku tertanya pada diri,

Dimana cinta pada Illahi,

Andai masih ada cinta insani….


Aku tertanya pada diri,

Dimana hilangnya kemampuan diri,

Andai masih menangisi yang akan pergi…


Aku tertanya pada diri,

Dimana hati suci yang diingini,

Andai cinta insani masih menghantui….


Bagaimanakah hati yang cintakan Rabbul Izzati…?

Bagaimanakah diri yang cintakan Nabi….?

Tiba – tiba hati kecil ku berbisik :


Orang yang mencintai Illahi,

Hatinya tidak keluh kesah,

Apabila ditimpa ujian,

Kerana dia yakin dengan janji Tuhan…


Orang yang mencintai Illahi,

Tidak melatah andai insan tersayang pergi,

Kerana walau diri kehilangan,

Diri masih punya cinta Tuhan…..


Orang yang mencintai Illahi,

Juga mendamba kebahagiaan di dunia,

Tetapi andai ia tidak mampu dimiliki,

Dia mengharapkan keindahan ‘di sana’,

Kerana dia tahu bahawa dunia hanya pinjaman,

Dan dirinya hanya ‘barang pinjaman’,

Yang dipinjam untuk sementara di dunia ini….


21/08/2011

bersamaan dgn 21 Ramadhan

jam 10:32 pagi

Tuesday, July 26, 2011

RaMaDhAn YaNg DiRiNdUi...


Ramadhan...

datangmu ku nanti,

pergi mu ku tangisi,

tiada bulan yang dapat menandingimu,

tiada saat yang dapat menggantikanmu...

kedatangan mu membawa 1001 kegembiraan di hatiku,

pemergian mu membawa sejuta keresahan di jiwaku...

aku, abid yang selalu merinduimu,

aku, abid yang selalu menantikanmu...

kegembiraan bersamamu tidak mungkin dapatku cari ganti,

ketenangan bersamamu tidak mungkin dapat ku rasai lagi,

kecuali pabila menemuimu..

Ramadhan...

Kini dirimu datang lagi….

Membawa kegembiraan ku kembali,

Tiada lagi tangisan berlagu sepi,

Tiada lagi ratapan beralun sunyi,

Kerana ketenangan itu kan ku temui lagi,

Bersama alunan zikir memuji Illahi….

Ahlan Ya Ramadhan…

(27/7/2011)

12: 19 mlm