CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 3, 2008

bIsIkAn HaTiKu...


Yang di cari,

Walau bukan putera raja,

biarlah putera agama,

Yang diimpi,

Biarlah tak punya rupa,

asal sedap dipandang mata,

Yang dinilai,

Bukan sempurna sifat jasmani,

Asalkan sihat rohani,sempurna hati,

Yang diharap,

Bukan jihad pada semangat,

Asal perjuangannya ada matlamat,

Yang datang,

Tak perlu rijal yang gemilang,

Kerana ana serikandi dengan silam yang kelam,

Yang dinanti,

Bukan lamaran dengan permata,

Cukuplah akad dan janji setia,

Dan yang akan terjadi,

Andai tak sama kehendak hati,

Ana redha ketetapan illahi,

Itulah ketentuan sejak azali.



Tuesday, December 2, 2008

sAhAbAt DaN cInTa....


Perhubungan sahabat adalah sama seperti perhubungan cinta. Kita tidak menganggap seseorang itu cintakan kita apabila dia melarikan diri apabila kita susah. Begitulah juga dalam persahabatan. Fahami konsep cinta ini, maka kita akan faham tentang konsep persahabatan. Cinta itu lebih asyik berbanding sebuah persahabatan.


Dalam cinta, kita akan selalu berjumpa ayat-ayat cinta seperti "Aku akan tetap bersama mu selamanya...dalam susah atau pun senang." Ini janji sehidup semati dalam percintaan. Sedangkan orang yang bercinta (malah yang telah berkahwin) pun boleh berpisah dan bercerai-berai, maka apatah lagi dalam hubungan persahabatan.Sifat cinta adalah setia dan patuh kepada insan yang dicintainya.


Seorang wanita pernah bertanya kepada seorang penyair tentang bagaimana kita mahu tahu sama ada seseorang itu benar-benar mencintai dirinya dengan sebenar-benar cinta. Dan penyair itu menjawab:
"Jika si dia berasa yang dia pasti mati jika tidak meminum air disebabkan kehausan, dan kemudian engkau berkata kepadanya, "Jangan minum air itu", maka dia tidak akan minum air itu". Inilah yang dinamakan cinta.


Dan inilah juga intisari ikatan persahabatan. Persahabatan dan percintaan yang hakiki tidak akan berubah apabila situasi berubah. Pengajarannya, berhati-hatilah dalam mencari cinta dan persahabatan di dalam dunia ini.


(hembusan.blogspot.com)

Tuesday, November 25, 2008

rInTiHaN hAmBaMu...


wahai pemilik nyawaku,

betapa lemah diriku ini,

berat ujian dariMu,

ku pasrahkan semua padaMu.

tuhan,baru ku sedar,

indah nikmat sihat itu,

tak pandai aku bersyukur,

kiniku harapkan cintaMu.

kata-kata cinta terucap indah,

mengalir berzikir di hidung doaku,

sakit yang ku rasa biar jadi,

penawar dosaku.

butir-butir cinta air mataku,

teringat semua yang Kau beri untukku,

ampuni khilaf dan salah,

selama ini ya Illahi,

muhasabah cintaku.

tuhan,kuatkan aku,

lindungiku dari putus asa,

jika ku harus mati,

pertemukan aku denganMu.


edcoustic-muhasabah cinta

Sunday, November 16, 2008

pErTuNaNgAn BuKaN lEsEn P...!!!




Rasanya rata-rata pasangan yang sedang di dalam tempoh pertunangan akan menghadapi masalah mengawal batas-batas perhubungan di antara pasangan. Kalau sebelum bertunang segala-galanya jelas; tidak boleh dating, tidak boleh berbalas sms, tidak boleh tegur menegur ikut suka dan sebagainya, tetapi di dalam tempoh pertunangan ianya akan menjadi sedikit kelabu. Mungkin sebab itulah agaknya sebahagian ibu bapa lebih suka menangguhkan majlis pertunangan dan melewatkannya sehingga hampir-hampir hari pernikahan.


Ibu bapa tidak yakin agaknya anak-anaknya yang wara’ ini boleh mengawal perasaan dan jiwa mudanya ketika tempoh bertunang. Sebelum ini saya lebih suka jika mana-mana pasangan yang telah nekad untuk hidup bersama melangsungkan pertunangan rasmi agar setiap pasangan merasai sedikit komitmen dan menyediakan diri untuk perkahwinan itu. Tetapi setelah melihat beberapa kes yang berlaku kepada beberapa pemuda-pemudi wara’, rasa seperti saya terpaksa menyokong pula pandangan kebanyakan ibu bapa.Pertunangan dalam erti kata mudahnya adalah satu proses menanda bahawa diri ini sudah berpunya.


Sebab itu lepas seseorang bertunang, dia akan pakai satu cincin yang di dalam masyarakat kita dikenali sebagai cincin tanda. Kalau orang Arab, mereka akan memakai cincin tersebut di jari tertentu untuk menunjukkan bahawa dia sudah bertunang. Kalau sudah berkahwin, cincin dipakai di jari lain. Dalam erti kata mudah kita kata pertunangan ini hanyalah satu proses ‘cup’ sahaja.Ada atau tidak apa-apa komitmen semasa tempoh pertunangan? Jawapannya ada tetapi amat sedikit. Lelaki tidak wajib memberikan nafkah.


Wanita pula tidak wajib taat dan minta izin ke mana-mana dari tunangnya. Lelaki tidak wajib menyediakan rumah dan wanita pula tidak wajib mengemas rumah tersebut untuk tunangnya. Jika putus tunang, tidak ada eddah dan tidak juga perlu untuk pulangkan kembali hadiah-hadiah pertunangan kecuali mahar untuk perkahwinan yang kadang-kadang diberikan awal. Komitmen yang perlu diberikan adalah wanita perlu setia dan tidak menerima pinangan orang lain kecuali setelah pertunangan itu diputuskan secara rasmi.


Lelaki mungkin boleh meminang orang lain sebab syarak benarkan dia untuk berkahwin empat, tapi macam gelojoh sangat pula jika si lelaki meminang lebih dari seorang wanita semasa masih bujang.Ini semua kerana pertunangan bukan perkahwinan. Bezanya amat jauh. Kebenaran yang diberikan oleh syarak kepada orang yang bertunang tidak sama dengan kebenaran kepada orang yang sudah berkahwin. Permilikan mutlak masih lagi belum berlaku. Maka batas-batasnya sama seperti orang-orang bujang yang lain. Si wanita pada tunangnya adalah orang asing. Kalau si wanita jumpa ayah lelaki tersebut dalam tempoh pertunangan masih lagi belum boleh mencium tangan ayahnya sebab ayah lelaki itu pun masih lagi orang asing. Nak panggil ayah mungkin boleh tapi tak payahlah kot, macam mengada-ngada rasanya.


Tidak ada ikatan lagi. Bahkan sebenarnya ayah lelaki tersebut boleh berkahwin dengan tunang anaknya itu kalau putus tunang.Oleh itu kena kuatkan iman sepanjang tempoh pertunangan. Nak bercakap-cakap boleh kalau ada sebabnya dan dengan adab-adabnya. Ada orang tengah seperti ada ahli keluarganya sekali. Begitu juga berutus sms atau email.


Dating tidak sama sekali. Keluar makan sama-sama juga tidak sama sekali.Saya pernah melihat satu kes di depan mata saya sendiri di mana seorang lelaki bertunang dengan seorang wanita. Dia menziarahi keluarga wanita tersebut bersama keluarganya. Sampai situ ok lagi. Tiba-tiba lelaki tadi memanggil wanita, tunangnya itu dan meminta tuangkan air. Ya salaammm. Tak bolehlah macam tu. Dalam satu kes yang lain pula lebih berat dari itu, si wanita memanggil tunangnya dengan kuat di hadapan semua ahli keluarga ‘ABANG’. Belum jadi ‘abang’ lagi saudari! Sabarlah sikit. Jangan tunjuk sangat depan orang. Semua orang tahu awak tu tengah seronok.


Kesimpulannya jagalah batas-batas dengan tunang sama seperti kita menjaga batas dengan orang lain. Ada sedikit tarikan untuk kita mengexpesskan perasaan kita kepada tunang, kawallah perasaan itu. Nanti lepas akad, ungkapkanlah ‘kaulah ratu hatiku’ dan sebagainya.Bersabarlah sedikit demi sebuah perkahwinan yang Islamik.









Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Sekretariat Perhubungan Luar Negara

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Friday, September 26, 2008

aNtArA 2 tAnGiSaN...




AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.
“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20) Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.” Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.” Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun ALLAH SWT telah berfirman,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan. Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.” Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur.
“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”

tArBiAh...



“Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya ( Riwayat At-Tirmidzi)”

Wednesday, August 20, 2008

ahlan wasahlan YA RAMADHAN...


Di antara kelebihan bulan Ramadhan ialah bulan yang paling banyak disediakan ampunan oleh Allah S.W.T. Tetapi sungguh malang jika ada orang yang dapat menemui bulan tersebut tetapi dosa-dosanya tetap sahaja tidak diampuni oleh Allah. Hakikat ini tergambar di dalam sabda Nabi s.a.w. : "Telah datang kepadaku malaikat Jibril lalu berkata : Ya Muhammad, barangsiapa mendapati Ramadhan, lalu setelah bulan itu keluar (berakhir) dosa-dosanya tidak diampuni, lalu dia mati, maka dia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakanlah : Amin ! Lalu akupun mengatakan : Amin."( H.R. Khuzaimah dan Ibn Hibban dalam Sahihnya -Kitab : Nasaaihud Diniyyah ; Halaman : 37-39 )

Sunday, August 17, 2008

mUjAhId IdAmAn....


Lelaki idaman…

Seorang lelaki yang aku idamkan

Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…

Biarlah dia seorang yang buta

Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha

Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi

Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah

Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya

Biarlah dia seorang bisu

Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan

Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran

Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran

Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan

Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran

Asalkan dia petah membangkang kemungkaran

Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil

Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman

Pada wanita yang bukan mahramnya

Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya

Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya

Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya

Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya

Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran

Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya

Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH

Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa

Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat

Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat

Papa memiliki akhlak mazmumah

Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan

Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia

Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya

Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri

Dia mahu menjadi seorang syuhada Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

Friday, August 1, 2008

bANgKiT sAuDaRa2 kU..!!!!!!!!


"dimanakah si pejuang Islam,
adakah hanyut di metropolitan,
membuat dosa tanpa kesudahan,
di dalam kegelapan malam.."

"palestin kan dimiliki lagi,
ingatkan ALLAH dan tinggalkan dosa..."

"anak2 kecil menggoncangkan ibunya,
yang lemah longlai,
xlagi bernyawa,jeritan suara,
batinnay,x siapa mendengarnya..."

AYUH BANGKITLAH PARA MUJAHID DAN MUJAHIDAH...!!!
PALESTIN MEMERLUKAN KITA...!!!!
PALESTIN MEMERLUKAN SAUDARA2 NYA...!!!
SIAPA SAUDARA MEREKA..!!
KITA..!!!KITALAH SAUDARA MEREKA.!!
JANGAN LAH ANTUM HANYA BERDIAM DIRI..!!!
MELIHAT KEKEJAMAN ISRAEL YG MEMBUNUH SAUDARA KITA..!!!
YA..SAUDARA KITA..!!
BANGKITLAH WAHAI PEJUANG2 ISLAM..!!
TEGAKKAN SYIAR KITA..!!!
BERKORBAN HARTA DAN NYAWA DEMI AGAMA TERCINTA...!!
"YA ALLAH..SELAMATKAN PALESTIN...
SELAMATKAN SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA...
HAMBAMU INI HANYA INSAN KERDIL YA ALLAH...
INSAN YG LEMAH YG SELALU MEMBUAT DOSA..
INSAN YG SELALU MELAKUKAN PERKARA2 YG LARA(MELALAIKAN)..
TP..KINI HAMBAMU INI INGIN BANGKIT...
BANGKIT MEMPERTAHANKAN SYIAR ISLAM...."
TAKBIR...!!! ALLAHUAKHBAR...!!!!!!!!!!!!!!