CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, June 17, 2010

KETIKA IMAN BERBICARA (PART 3)


Jantungku berdegup kencang… ‘hmm..nak masuk ke tak nak ni..ya Allah malunya…’… “na, enti masuk dulu ye..hehe..” ..tiba-tiba pintu dikuak dari dalam… “assalamualaikum, humaira ke? Masuk la..jangan la malu-malu…semua orang tengah tunggu enti….” ‘hah?tunggu ana?’…..kami hanya tersenyum…dalam hati, Allah je tau betapa malunya kami…. “ em…kenalkan, ni semua sahabat-sahabat usrah enti….” Serta merta semua orang disitu menghulurkan salam lantas memelukku….aku kaget…jantungku bertambah kencang degupannya… tanganku turut menggeletar…tiba-tiba imanku berbicara… ‘merekalah sahabat enti yang akan sama-sama berjuang demi agama dengan enti…sayangilah mereka…cintailah mereka…hormatilah mereka…dan terimalah mereka apa adanya…’….. lantas pelukan ku menjadi erat….hatiku berbuah cinta yang mekar…semekar bunga seri pagi…’eh,ye ke seri pagi….mawar lah…baru la wangi….’ ..hatiku tertawa sendiri…


“wah, tak sangka kita dah masuk sem dua kan…rasa kejap sangat masa berlalu…” kata teman sekuliahku setelah tamat sesi perkuliahan bersama pensyarah undang-undangku… tiba-tiba sahabat sebilikku bersuara… “maira, nak berbuka apa hari ni? Kita try lauk makcik kat luar tu pulak nak tak? Kalau murah, kita boleh pegi selalu…mana tau, kot-kot jadi anak angkat makcik tu ka…boleh makan free..haha”…. “kau ni, fikir nak makan free je…mana tak tenbam..”sampuk salah seorang sahabatku yang lain…hatiku tertawa sendiri melihat telatah mereka…


Sejak uwais menyambung pengajiannya di Mesir, dia sudah jarang menghantar khabar berita…hatiku tertanya-tanya sendiri…. ‘dia sakit ke…atau ada masalah..hmm..’….. “maira…cepat…dah nak azan tu…!!” jerit na mematikan lamunan ku…. Tergesa-gesa aku ke depan bagi menyertai mereka untuk berbuka puasa bersama…. Tuttt…. “aik, nak buka puasa pun ada mesej lagi…” perli sahabat serumahku… lantas aku membuka kotak mesej….


“salam maira…ana harap apa yang bakal ana sampaikan ni, enti mampu tabah menghadapinya…ana…hmm….ana rasa cukuplah sampai sini persahabatan kita….dalam Islam, tak ada langsung hukum yang membolehkan seorang wanita berkawan dengan seorang lelaki yang bukan muhrimnya…ana dah tau perkara ni lama…tapi selama ni, ana tak mampu….mungkin kerana jarak kita yang dekat….tapi..setelah berada di sini, ana rasa ana dah mampu tempuhinya….ana tau ana salah…ana mohon beribu kemaafan dari enti kerana ana telah memungkiri semua janji ana….mana mungkin ana akan terus melakukan dosa sedangkan ana tau Allah sentiasa bersama kita….dan malaikat sentiasa mencatit amalan ana di kiri dan kanan…biarlah Allah je yang membalas segala dosa ana pada enti…ana mungkin tak akan balik Malaysia lagi…mungkin menetap di mana-mana….jadi…enti tak perlulah tunggu ana lagi…redhakan pemergian ana....teruskan perjuangan enti…tapi ana nak enti tau, bukan mudah ana nak buat keputusan ni…ana terpaksa mengumpul segala kekuatan yang ana ada untuk meluahkan pada enti…..jangan tunggu ana lagi….ana harap enti dapat mengalihkan semua cinta enti pada Allah….hanya Dia tempat kita mengadu…hanya Dia yang layak kita serahkan seluruh cinta dan jiwa raga kita….itulah cinta sejati….Dia yang menjadikan kita….Dia yang menciptakan ana…menciptakan enti….hanya dakwah yang menuntut ana untuk meninggalkan segala maksiat dan dosa yang ana lakukan….ana doakan semoga enti dapat suami yang soleh yang mampu membimbing enti ke arah cinta yang diredhai….jika ada jodoh, kita akan berjumpa juga suatu hari nanti….jika tiada, redhakan segalanya….wslm….”


Air mataku mengalir deras…..tanganku menggeletar…. ‘ya Allah…..ya Allah….’... “maira…maira…enti ok ke ni??” bertalu-talu soalan yang menyerbu gegendang telingaku….hidangan di hadapan, ku pandang sepi………..sesepi hati ku kini…..



bersambung....................

0 comments: